KEENAKAN bingsu atau bingsoo, sejenis pencuci mulut yang terkenal di Korea Selatan nampaknya sudah berjaya menawan selera rakyat negara ini.
Mana tidaknya, sudah banyak premis yang menjual dessert tersebut demi memenuhi kehendak pelanggan.
Sekali pandang, bentuknya seperti ais batu campur, cuma isinya saja diubah suai dengan potongan buah segar.
Kalau ikutkan cara pembikinan original bingsu tersebut, ais kisar bukannya biasa-biasa tetapi menggunakan susu penuh krim.
Pun demikian, bagi pengusaha Bingsu & Pastries, Roseffazean Mohd Yasim, beliau hanya menggunakan ais batu biasa yang dikisar halus.
Ini kerana katanya, ais tersebut jika digabungkan dengan kuah krim istimewa yang dibuat sendiri memang membuatkan ramai suka.
Apatah lagi, tekstur yang likat dan manis menjadikan ia lebih lemak berkrim ditambah perisa buah-buahan semula jadi.
Ketika dihubungi SinarPlus, usahawan berusia 27 tahun itu akui, Bingsu Mangga antara produk yang paling laris.
"Boleh dikatakan 50 bekas terjual setiap hari dan pada hari minggu, boleh mencecah hampir 100 bekas.
"Memang seronok bila orang suka membeli dan makan dessert kita dengan penuh selera," kata ibu anak satu itu.
Roseffazean menambah, beliau memilih untuk berjualan bingsu kerana sajian tersebut antara pemanis mulut kegemarannya.
"Jika sebelum ini, saya sanggup hunting Bingsu Mangga di mana-mana tempat yang viral, cuma harganya agak kayangan.
Baca juga Harga murah dan topping unik, Ais Kepal Cik Ana viral sepanjang PKP
"Jadi, bila saya ada peluang untuk berniaga, saya pilih bingsu dan jual pada harga kampung supaya semua orang boleh rasa," katanya kepada SinarPlus.
Tidak hanya Bingsu Mangga, banyak lagi pilihan yang boleh kalian usha jika berkunjung ke gerai Bingsu & Pastries yang terletak berhadapan Masjid An Naim, Jalan Kebun Tambahan, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.
Antaranya Bingsu Strawberi, Bingsu Kiwi, Bingsu Anggur dan Bingsu Honeydew.
Jika anda sukakan kelainan, boleh cuba set Special Mix Bingsu dengan dua dan tiga gabungan perisa.
Sebagai menu tambahan, anak jati Kota Bahru, Kelantan itu turut menawarkan perisa Oreo Choco, Lotus Biscoff dan Nestum Choco buat penggemar coklat.
Harga jualan bermula RM10 hingga RM15 jer.
MENU BAHARU
Tatkala ditanya bagaimana idea jualan bingsu tercetus, kata Roseffazean, ia bermula selepas mengalami alahan yang teruk ketika mengandungkan anak pertama.
"Sebelum ini, saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat automotif sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
"Genap 44 hari habis pantang, saya terus membuka bisnes dengan jenama Bingsu & Pastries dan alhamdulillah sambutan menggalakkan," katanya yang memulakan perniagaan sejak Februari 2022 lalu.
Kepada orang ramai, Roseffazean juga mengesyorkan untuk mencuba menu baharu iaitu baby pancake dengan 10 pilihan perisa dan topping.
Antara pilihan laku keras seperti baby pancake nutella dengan topping oreo crumbs, cadburry bersama taburan serbuk milo dan white choco dengan biscoff crumbs.
Bingsu & Pastries
Alamat: Jalan Kebun Tambahan, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7 petang (Sabtu tutup)
Harga: RM5 hingga RM15
Facebook: The Cream
Instagram: @thecreamcafehq
TikTok: @thecreamcafehq
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang