FARM Cafe yang terletak di Taman Perindustrian Batu Caves, Selangor berkonsepkan sajian segar pantas menjadi tarikan orang ramai.

Mana tidaknya, semua bahan mentah seperti telur, ayam, daging kambing, susu, waima sayur-sayuran dibawa terus dari ladang sendiri yang terletak di Batu Arang, Selangor.

Pendekatan itu sememangnya akan menambah lagi keenakan sajian yang ditawarkan.

Menariknya lagi, premis itu beroperasi dari pagi hingga tengah malam. Ini bermakna, pelanggan boleh menikmati sarapan, makan tengah hari hingga menjamah makanan pada lewat malam.

Pengurus Outlet, Farm Cafe, Mohd Irwan Mohd Faizal Wong berkata, pihaknya gembira apabila sambutan yang diterima daripada orang ramai cukup menggalakkan sejak ia mula dibuka pada Oktober tahun lalu.

segar dari ladang

Menu yang diketengahkan dengan nama yang bombastik juga menjadi daya penarik kafe berkenaan sehingga menjadi bualan di media sosial.

“Jika disebut perihal menu, memang kami tawarkan persembahan kulinari kontemporari yang sememangnya tidak terdapat di mana-mana lokasi. Setiap resipi yang ditonjolkan memiliki keunikan tersendiri.

segar dari ladang

“Burger Lamburghini atau Burger Gemprek misalnya, pati daging kambing dan ayam segar dibuat sendiri oleh kami. Istimewanya untuk Burger Gemprek, sos percik berkeju menjadi senjata rahsia kelazatan sehingga membuatkan ramai yang memesan menu yang sama setiap kali berkunjung,” ceritanya.

Selain burger, Phat Duck Pasta yang merupakan spageti yang dimasak dengan sos masak lemak yang likat dan mengiurkan yang dihiasi hirisan daging itik salai turut laku keras.

segar dari ladang

Ujar Mohd Irwan lagi, tidak hanya 50 menu makanan yang wajib dicuba jika berkunjung ke Farm Cafe, senarai panjang minuman kopi artisan yang dibuat secara langsung di depan pelanggan wajib dirasai.

 

“Kami menggunakan kopi tradisional dengan jenama Kopi Pendang, selain biji kopi yang diimport dari Brazil, Ethopia dan China. Setiap minuman dipersembahkan melalui kaedah French Press, Syphon, Vietnam Drip dan V60 Coffee Dripper.

segar dari ladang

“Lagi enak menikmati secangkir kopi dengan seleksi pencuci mulut paling laris seperti Burnt Cheese Cake dan Brownies with Lotus Biscoff,” katanya kepada SinarPlus.

Sebagai tambah nilai, Mohd Irwan memberitahu, pihaknya turut menyajikan sajian istimewa hanya pada bulan tertentu seperti Seafood Platter yang memang berbaloi-baloi.

Baca juga Nasi lemak penuh satu talam, banyak lauk-pauk, kenyang sampai hari esok. OG Street Kitchen bikin ramai puas hati

Kepada peminat vegetarian pula, jangan bimbang kerana Farm Cafe menyediakan makanan seperti Burger Al Funghi yang diperbuat daripada campuran kekacang dan cendawan.

segar dari ladang

Kulim Cream Mushroom Soup, aneka salad termasuk set pastri yang dibakar setiap hari juga menanti anda.

“Paling penting, bahan yang kami gunakan semuanya segar dari ladang. Cubalah sendiri dan rasai sentuhan air tangan cef berpengalaman kami,” ujarnya yang bakal memperkenalkan barisan menu baharu yang lebih menambat selera tidak lama lagi.

Farm Cafe MY

Alamat: 1, Jalan Industri Batu Caves 1/1, Taman Perindustrian, Batu Caves, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 11 malam
Menu signatur: Lamburghini Burger, Burger Gemprek, Phat Duck Pasta, Manikam Madras Chicken Wing, Burnt Cheese Cake dan Brownies with Lotus Biscoff
Harga: Bermula RM7 hingga RM75.50
Facebook: Farm Cafe MY
Instagram: @farmcafe.my

segar dari ladang

#jomsinggah

HIDANGAN yang menggunakan bahan segar dari ladang semestinya satu kelainan yang menjadi tarikan baharu buat pencinta makanan.

Iklan

Pertaruhan Farm Cafe nampaknya menjadi apabila menjadi tular di media sosial dengan seleksi menu menyelerakan.

Baca juga Berkelah di tepi padang golf. Pendekatan baharu sajian Miang Pla Ikan Siakap di Kelantan tarik perhatian ramai

Berikut empat lagi destinasi Jom Singgah yang boleh dipertimbangkan kerana turut menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri untuk kepuasan pengunjung.

segar dari ladang

Kebun & Kafe

Alamat: Lorong Melati, Kuang, Rawang, Selangor
Waktu operasi: 4.30 petang hingga 11.30 malam
Menu signatur: Burger Double Daging Patty
Harga: Bermula RM4
Facebook: Kebun & Kafe
Instagram: @kebundankafe

segar dari ladang

YZ Strawberry Farm and Cafe

Alamat: No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5 petang
Menu signatur: Ikan patin tempoyak buah strawberi
Harga: Bermula RM6 hingga RM15
Facebook: YZ Strawberry Farm and Cafe, Kampung Taman Sedia

Iklan

segar dari ladang

Amani Vanilla Temerloh

Alamat: Lot 2231, Kampung Bangau, Parit, Temerloh, Pahang
Waktu operasi: Bermula jam 11 pagi
Menu signatur: Aiskrim vanilla homemade
Harga: Bermula RM4 hingga RM9.90
Facebook: Vanilla Temerloh

Baca juga ‘Sebiji’ macam rasa masakan di Hatyai, Restoran Kak Roh Kitchen di Pulau Pinang jadi buruan ramai

segar dari ladang

Crab Farm Langkawi

Alamat: Kampung Kubang Badak, Pulau Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 8 malam (Khamis tutup)
Menu signatur: Mi ketam nipah
Harga: RM20
Facebook: Crab Farm Langkawi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi