CARA tanam daun bawang tanpa tanah namun tetap menjadi dan hidup subur.
Perkongsian tip itu dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Cici Cikyah.
Menariknya, kaedah tersebut menggunakan botol air plastik terpakai.
Daripada dibuang begitu sahaja, lebih baik dimanfaatkan dengan aktiviti tanam daun bawang, kan!
[caption id="attachment_128434" width="267"] Gambar sumber PEXELS [/caption]
Jadikan botol terpakai itu sebagai tapak semaian tanaman tanpa menggunakan tanah. Hanya air diperlukan untuk proses tersebut.
Nak cuba sendiri di rumah, jom SinarPlus kongsikan kembali cara menanamnya.
Baca lagi Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih
Cara semai daun bawang guna botol:
1. Potong bahagian atas botol sedikit dan di isi dengan air sehingga paras yang dipotong.
2. Bawang diletakkan di atas permukaan botol tu. Pastikan anda letak di tempat yang redup.
[caption id="attachment_128435" width="267"] Gambar sumber PEXELS[/caption]
3. Biarkan sehingga akar keluar. Jika air kurang, barulah ditambah. Insya-ALLAH akan keluar daunnya.
4. Potong sedikit bahagian tunas dan letak sebiji di atas permukaan botol tersebut.
5. Jika sudah keluar lebat, potong daunnya tinggalkan satu inci daripada ubi bawang. Kena sentiasa penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
INFO
- Cara ini tidak perlu letak baja cuma bila air kurang, barulah ditambah.
Jadi, anda yang tiada tanah untuk bercucuk tanam selain ruang yang sempit bolehlah cuba cara tersebut.
Baca lagi Guna bawang putih dan serai, petua elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan rumah
[caption id="attachment_128436" width="267"] Sumber gambar PEXELS[/caption]
Tanam tepi rumah sahaja, selesai masalah dan lepas ini tidak perlu lagi nak beli daun bawang.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Cici Cikyah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang