KUCING adalah haiwan peliharaan yang comel dan manja. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.

Memiliki haiwan peliharaan bermakna bertanggungjawab sepenuhnya dan bukan hanya sekadar memeliharanya sahaja.

Sebagai pemilik, anda bertanggungjawab memastikan haiwan yang dibela sentiasa terjaga dan tidak menganggu jiran tetangga.

Baca juga: Tuan kepada kucing kena bersihkan jika haiwan peliharaannya berak di rumah jiran. Ramai yang pandang remeh perkara ini…

Antara masalah yang sering berlaku bagi mereka yang memelihara kucing ialah ‘membuang’ di kawasan rumah jiran.

Baca juga: Luar biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing

Masalah kucing ‘membuang’ di kawasan kediaman adakalanya membuatkan jiran tetangga boleh bermasam muka. Lebih teruk lagi ada yang sampai bergaduh. Kita tidak mahu masalah ‘membuang’ di merata tempat menjadi sebab hubungan dengan jiran tetangga menjadi tegang.

Baca juga: Cecah usia 27 tahun, Guinness World Records iktiraf Flossie, kucing paling tua di dunia yang masih hidup

Kredit foto: Pixabay

Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan daripada kucing-kucing datang ‘membuang’ di kawasan rumah anda.

Melalui perkongsian Zuraity Musa di TikTok, wanita ini berkongsi petua cara mengelakkan kucing ‘membuang’ di kawasan rumah anda.

Bahan:
2 labu bawang putih
3 hingga 4 batang serai
Botol penyembur


LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Kupas bawang putih manakala serai pula perlu dipotong kecil-kecil.

2. Masukkan bawang putih dan serai tadi ke dalam pengisar.

3. Apabila bahan-bahan telah hancur, masukkan air ke dalam pengisar dan kisar sekali lagi.

4. Tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar hancur tadi ke dalam botol penyembur. Gunakan penapis. Kita hanya mahukan airnya sahaja. Hampasnya pula dibuang.

5. Anda boleh terus gunakan dengan cara menyembur di tempat-tempat yang menjadi kegemaran kucing-kucing sama ada tempat kucing bermain atau tempat anak-anak bulus ini suka ‘membuang.’

Baca juga: Hati-hati dengan bulu kucing, boleh jadi punca masalah kulit. Ini penjelasan pakar

Sumber: Zuraity Musa

Kredit foto utama: Pixabay

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi