MENYAMBUT ulang tahun ke-39 pada 9 November, pelakon Sari Yanti bertuah kerana menerima ucapan dan doa yang istimewa daripada suami, Jep Sepahtu.
Menerusi siaran segmen pagi Sinar FM, pelawak dan penyampai radio itu memuji Sari yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan turut menitip doa kesejahteraan buat wanita disayanginya.
"Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan.
"Banyak sabar. Banyak bersabar pun tidak juga sebab saya tidak ada buat hal.
"Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan dan doa sekali.
"Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik.
Baca juga: ‘Alhamdulillah tahniah anak mama’ – Anak sulung Sari Yanti raih anugerah kecemerlangan akademik
Tidak hanya rasa bertuah memiliki pasangan hidup saling melengkapi, pelawak berusia 38 tahun itu juga menzahirkan kesyukuran.
"Saya doakan mudah-mudahan apa saja yang dihajatkan, diimpikan akan terlaksana dan termakbul. Mudah-mudahan dia sentiasa berada dalam reda dan juga dalam rahmat ALLAH, aamiin," ujar Jep.
Bersama Angah dan Rahim di konti, Jep turut berseloroh tentang Sari yang banyak membantunya menguasai Bahasa Inggeris.
"Kalau nampak dari segi karakter macam saya yang dominan. Tetapi sebenarnya saya banyak belajar daripada dia. Ketenangan, kesabarannya dan Bahasa Inggeris.
"Dahulu saya hanya tahu asas sahaja. Sekarang apabila dengannya saya belajar tentang past tense dan present tense," katanya.
Sari menerusi laman sosial Instagram turut menitipkan doa sempena ulang tahun kelahiran.
Menginjak usia ke angka 39, ibu kepada lima cahaya mata itu turut memohon agar dikurniakan keberkatan usia.
"Moga menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa dalam redha dan rahmat ALLAH," titip Sari.
Baca juga: Sari Yanti, Jep Sepahtu timang anak ketiga
Jep dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2.
Sari memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 13, dan Baasit Al-Haq, 12.
Baca juga: Reda isteri penyebab datang rezeki suami? Ini penjelasannya yang perlu kita tahu
Sumber: TikTok SinarFM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!