Mulianya hati Siti Nurhaliza, Ross Ariffin terima sumbangan Yayasan Nurjiwa

Iklan
Mulianya hati Siti Nurhaliza, Ross Ariffin terima sumbangan Yayasan Nurjiwa

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan kesyukuran apabila menyempurnakan sumbangan buat komposer Ross Ariffin.

Siti menerusi laman Instagram memuat naik video yang memaparkan wakil Yayasan Nurjiwa menyampaikan sumbangan buat Ross yang kini berada di Melaka.

Iklan
Iklan

Baca juga: Ramai mahu Siti Nurhaliza jenguk Ross Ariffin, 3 tahun derita diserang angin ahmar, sukar berjalan & bertutur

"Alhamdulillah, walaupun tidak dapat bertemu dengan saudara Ross Ariffin iaitu komposer lagu nyanyian saya, Kurniaan Dalam Samaran, tetapi Yayasan Nurjiwa (Nurjiwa Foundation) berterima kasih kepada Datuk Wira Abd Razak Abdul Rahman dan Datuk Akramuddin Abdul Aziz mewakili kami menyempurnakan penyampaian sumbangan.

Iklan

"Beliau tinggal di seorang di rumah tersbeut namun ada penjaga kerana terdapat beberapa rumah untuk orang tua di sana," coretnya.

Iklan

Baca juga: Biaya kanak-kanak bedah jantung 11 tahun lalu, kebaikan Siti Nurhaliza jadi inspirasi, kebajikan senyap-senyap rahsia rezeki berkat

Baca juga: Bimbang keadaan anak-anak angkat di Sekolah Afwa Al Afiyah, Gaza, Siti Nurhaliza mohon doa

Siti yang terkenal dengan sifat dermawan bersyukur dan menitip penghargaan buat mereka yang peka nasib Ross.

Ross menderita diserang angin ahmar, sukar berjalan dan bertutur sejak tiga tahun lalu.

Tidak hanya itu, karyawan berbakat itu sebelum ini terpaksa bergelandangan.

Suatu ketika dahulu namanya cukup besar dalam industri hiburan tanah air.

Antara lagu popular gubahannya ialah Dia nyanyian Fauziah Latiff (lirik oleh Amran Omar), Kau dan Aku untuk Ning Baizura (lirik oleh Ning Baizura), Kurniaan Dalam Samaran dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza (lirik oleh S. Amin Shahab) dan Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz (lirik oleh Datuk Habsah Hassan).

Yayasan Nurjiwa ialah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan yang diasaskan pada 21 Ogos 2006 oleh Siti dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa bermatlamat membantu insan memerlukan serta kurang bernasib baik.

Sumber: Instagram @ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!