KARYA-karyanya memukau pendengar dan pernah menjadi halwa telinga kita suatu ketika dahulu. Namun, siapa sangka komposer Ross Ariffin  dua kali diserang angin ahmar dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Tidak hanya itu, karyawan berbakat itu tidak memiliki rumah dan terpaksa bergelandangan.

Suatu ketika dahulu nama Ross Ariffin cukup besar dalam industri hiburan tanah air.

Antara lagu popular gubahannya ialah Dia nyanyian Fauziah Latiff (lirik oleh Amran Omar), Kau dan Aku untuk Ning Baizura (lirik oleh Ning Baizura), Kurniaan Dalam Samaran dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza (lirik oleh S. Amin Shahab) dan Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz (lirik oleh Datuk Habsah Hassan).

Baca juga: Tiada rumah, harta, anak & ibu bapa, Zaiton Sameon akhirnya terima bantuan JKM

Kredit foto: Facebook Panggung Kita (Rayusa Otai)

Karyanya, Semalam Ku Tolak Ke Tepi membawa Ross memenangi Asian Broadcasting Union Golden Kite pada 1990. Beliau yang mahir piano dan biola berpengalaman menyertai orkestra bersama Holland America Line yang membawanya ke 32 buah negara.

Menurut laporan portal berita tempatan, Ross atau Roslan Ariffin hidup berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni dan Melaka.

Sejak pandemik, anak seni berbakat itu bergelut dengan kehidupan dan hilang punca pendapatan.

Baca juga: Mulia sungguh hati hartawan ini. Hidup dilimpahi kekayaan, tapi Sulaiman Al Rajhi rela infak semua wang dalam bank hingga ‘jatuh miskin’

Kredit foto: Facebook Panggung Kita (Rayusa Otai)

Malah anak kelahiran Melaka yang berkelulusan Redbridge College Of Music, Essex, United Kingdom itu juga mengakui mengalami kesukaran hidup dan menganggur selepas penularan Covid-19.

Penceraian 10 tahun lalu menyebabkannya keluar dari rumah. Bapa kepada dua cahaya mata itu juga mengakui tidak berhubung dengan anak kerana tidak mahu mereka bimbang.

Ross ingin kembali ke Melaka kerana di sana banyak peluang pekerjaan di sana. Pernah bekerja melipat cadar dan tuala di hotel bajet serta menyanyi di restoran tanpa bayaran. Ross diberikan penginapan percuma.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez turut menyampaikan sumbangan wang tunai buat Ross.

Baca juga: Daripada gelandangan, kini bergelar Doktor Falsafah. Jalan cerita pemuda ini memang syahdu…

Kredit foto: Facebook Panggung Kita (Rayusa Otai)

Laporan berkenaan mengundang air mata warga maya. Menjengah komen, ramai yang mahukan agar artis-artis yang pernah mendendangkan karya Ross menjenguk beliau seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Fauziah Latiff dan Liza Aziz.

Tidak kurang menitipkan doa dan kata semangat agar beliau pulih semula.

– “Ya ALLAH! Komposer lagu Kau Dan Aku Ning Baizura dan Dia Fauziah Latif? Penyanyi-penyanyi baru perlu upah buat lagu kerana sangat berbakat. Lebih baik daripada bayar ornag baru berbelas-belas ribu tetapi lagu tak naik.”

– “Walaupun ada anak dia memilih untuk tidak menyusahkan, sanggup berikan rumah kepada bekas isteri dan dia yang keluar. Sikap terpuji.”

Iklan

– “Wahai artis-artis yang naik atas jasa sumbangannya, bantulah dia yang sedang kesusahan. Ini masanya membalas budi dan jasa baik.”

– “Pernah buat lagu untuk Datuk Seri Siti, harap beliau menjenguk.”

– “Sekiranya Datuk Seri Siti Nurhaliza membaca, bolehlah membantu Ross. Keluarkan dari rumah perlindungan dan dapatkan rumah sewa untuk kelegaan Ross kerana Datuk mempunyai kemampuan.”

– “Betul juga, sekurang-kurangnya dapat membantu serba sedikit beban yang ditanggung.”

– “Harap Tokti, Fauziah Latiff, Ning Baizura dan semua yang pernah mendendangkan karya Ross, hulurkan bantuan.”

Iklan

– “Moga Ross bertabah dengan ujian ini dan dipermudahkan.”

Sumber: Harian Metro, Berita Harian 1, 2 Linkedin

Kredit foto: Facebook Panggung Kita (Rayusa Otai)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!