Hamil, bersalin, berjaya raih 2 ijazah, anak menantu Ustazah Norhafizah Musa buktikan berkeluarga bukan halangan

Iklan
Hamil, bersalin, berjaya raih 2 degree, anak menantu Ustazah Norhafizah Musa buktikan berkeluarga bukan halangan (1)

ANAK sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, Nur Nadratun Naeemah Azhar membuktikan barjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang biarpun memegang status isteri dan ibu muda.

Berkahwin pada 6 September 2020 dengan Aqil Akmal, ibu muda berusia 24 tahun ini menitipkan kesyukuran selepas selamat menerima skrol Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Iklan
Iklan

"Tak ada proper picture satu famili. Memang gambar ini je yang ada . Terima kasih Umi, Abi, Mami sebab doakan Kak Long, Aqil dan Yusuf selalu," kongsi Nur Nadratun Naeemah.

Iklan

Dalam satu hantaran yang dikongsikan, ibu muda ini sempat berkongsi pernah meraih Anugerah Dekan semasa hamil.

Iklan

Baca juga: Ustazah Norhafizah Musa terima menantu ketiga, dua keluarga sahabat baik kini berbesan

"Syukur Alhamdulillah. Betul lah anak itu pembawa rezeki masya-ALLAH.

"Terima kasih Yusuf study sama-sama dengan ibu dan teman ibu jawab final exam masa Yusuf dalam kandungan dulu," kongsinya.

Baca juga: Ustazah Norhafizah nenek pada usia 47 tahun, sambut cucu pertama Sara El Latheefa

Meraikan kejayaan anak dan menantu, Ustazah Norhafizah mengucapkan tahniah.

"Alhamdulillah, tahniah anak kami Nur Nadratun Naeemah dan Aqil Akmal untuk konvokesyen second degree kalian berdua (Law Syariah).

"Alhamdulillah Alhamdulillah. Semoga terus cemerlang anak-anak semua. Jangan berhenti belajar. Insya -ALLAH doa kami sentiasa mengiringi kalian," titipnya yang merupakan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam.

Baca juga: Doa dan zikir ibu bapa untuk anak hadapi peperiksaan, kekuatan daripada Asmaul husna

Pasangan yang berkahwin pada 5 September 2020 selamat menimang anak sulung, Yusuf Al Fateh pada 14 September 2023.

Warga maya turut mengucapkan tahniah buat Nur Nadratun Naeemah dan Aqil Akmal.

-"Tahniah untuk anak dan menantu Ustazah."

-"Tahniah ustazah atas kejayaan anak-anak hingga di menara gading. Alhamdullilah, aamin."

-"Alhamdulillah, anak-anak yang hebat lahir daripada bubapa yang hebat!"

Ustazah Norhafizah yang juga Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) 2015 mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh cahaya mata.

Sumber: Instagram Ustazah Norhafizah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang