DATUK Dr Ustazah Norhafizah Musa pendakwah yang dikenali ramai. Suara yang lembut dan penuh sifat keibuan membuatkan ramai mudah tersentuh dan tertarik mengikuti ilmu yang disampaikan.

Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam itu yang juga merupakan suri hati kepada Ustaz Dr Azhar Yaakub berkongsi di laman sosial Instagram selamat menyambut kelahiran cucu pertama.

Pada usia 47 tahun, Ustazah Norhafizah mengucapkan kesyukuran atas kehadiran cucu perempuan yang dinamakan Sara El Latheefa.

Baca juga: [VIDEO] Belum akikah lagi sejak kecil kerana ibu bapa tak mampu

“Alhamdulillah atas kurniaan zuriat keturunan kepada kami. Semoga kami bagi sekalian orang bertakwa menjadi ikutan yang baik. Aamiin. Selamat datang cucu kami Sara El-Latheefa.”

Cucu daripada anak keduanya, Ustaz Asyraf Murtadha itu diberikan nama, disempurnakan tahnik dan akikah pada hari ketujuh kelahiran.

Baca juga: Sembelih dua ekor kambing berasingan untuk anak lelaki, adakah masih dikira sebagai akikah?

“Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti, dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia. 

“Kata Tokwan nya (@drazahar.yaakub) makna el- Latheefa itu ialah kelembutan memberi impak positif yang besar. Aamiin,” titip mantan pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia itu.

Penasihat akademi tahfiz Madinatul Huffaz itu turut menitipkan doa buat Ustaz Asyraf dan menantunya, Aisyah Zafirah.

 

“Kami mendoakan agar @asyrafmurtadhaa & @sazafieraa dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.

“Semoga sahabat-sahabat semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan. Masya-ALLAH la quwwata illa billah,” titipnya.

Baca juga: [VIDEO]Persediaan untuk bapa muda, Ustaz Don tunjuk cara tahnik bayi

Teruja dengan perkongsian berita gembira, warganet menzahirkan ucapan tahniah dan berdoa. Tidak kurang yang memuji keindahan nama cucunda beliau.

Ujar mereka:

– “Alhamdulillah masya-ALLAH, tahniah ustazah. Terpancar kegembiraan pada wajah ustazah.”

– “Alhamdullilah cantiknya nama masya-ALLAH.”

– “Tahniah ustazah, sedapnya nama baby.”

– “Masya-ALLAH keluarga mawaddah sakinah wa rahmah. Tahniah ustazah.”

– “Alhamdulillah tahniah Kakchik dah jadi Nenda (Uwan).”

Iklan

Ustazah Norhafizah dan Ustazah Dr Azhar Yaakub dikurniakan tujuh cahaya mata yang terdiri daripada tiga putera dan empat puteri.

Baca juga: Pendek dan elok maknanya, Mia Ahmad kongsi wajah, nama anak ketiga. Ini 7 tip pilih nama dalam Islam

ENAM FAKTA INSPIRASI DATUK DR USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

1- Dilahirkan pada 21 Disember 1975 di Kampung Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan, Ustazah Norhafizah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam Universiti Yarmouk, Jordan dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

2-Beliau menerima ijazah kedoktoran falsafah pada usia 43 tahun.

3-Pada tahun 2018, Ustazah Norhafizah dianugerahkan Darjah Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Iklan

4-Pada 30 Januari 2023, Ustazah Norhafizah menerima anugerah Tokoh Personaliti Al-Quran Kebangsaan.

5-Beliau juga merupakan Ikon Murobbi MATIN dan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia bagi tahun 2020 dan 2021.

6-Pendakwah wanita ini turut diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan 1440H dan Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan, Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi