Pengalaman ngeri, kereta baru overhaul terbakar rentung 100 peratus, Roy Azman & keluarga selamat

Iklan
Pengalaman ngeri, kereta baru overhaul terbakar rentung 100%, Roy Azman & keluarga selamat

TERLIBAT dalam insiden kereta terbakar, pelakon Roy Azman menitipkan kesyukuran kerana selamat.

Difahamkan, kereta dinaiki Roy bersama isteri dan anak bongsunya terbakar ketika melalui sebuah lebuh raya.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian berlaku malam tadi, kereta itu rentung dan musnah 100 peratus.

Turut hadir di tempat kejadian ialah anggota bomba yang melakukan kerja-kerja pemadaman.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, para follower termasuk rakan artis bersyukur Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman serta keluarga selamat.

Baca juga: [VIDEO] Kereta terbakar di lorong kecemasan tiba-tiba mengundur, turuni bukit di Genting

Iklan

Pelakon Roda-Roda Kuala Lumpur itu turut menceritakan kronologi kejadian berkenaan.

Menurutnya kereta berkenaan baharu sahaja dibaik pulih atau overhaul manakala kejadian berlaku semasa dalam perjalanan pulang dari Shah Alam, Selangor.

"Syukur Alhamdulillah saya, isteri dan anak selamat. Sempat keluar dari kereta yang terbakar.

Insiden tersebut hanya diketahui Roy apabila pengguna jalan raya membunyikan hon. Lebih mencemaskan, brek kenderaan itu juga tidak berfungsi kecuali brek tangan.

"Balik dari situ kira-kira jam 11 lebih (malam), ada kereta hon kami memberitahu kereta sudah terbakar.

"Tapi saya tak nampak ada api (kebakaran) di bawahnya kerana sedang memandu.

"Kereta terus hon, kami nampak ada api dan cuba untuk berhenti namun brek pula tidak berfungsi.

"Nasib baik hand brake masih working dan kereta boleh dihentikan.

"Kalau langgar divider, kalau kereta terbalik atau terpelanting, memang tak tahu nak cakaplah.

"Ketika itu tengah marak dengan kuat dan cepat merebak.

"Kami bergegas keluar kereta. Nasib baik isteri walaupun sedang kelam-kabut kerana api besar, sempat keluarkan anak kami dan lari selamatkan diri.

Baca juga: Kereta boleh terbakar selepas kemalangan, 5 perkara ini jadi punca

Dalam pada itu, Roy menitipkan terima kasih buat rakan-rakan yang membantu menguruskan kejadian tersebut termasuk membuat laporan polis.

"Kepada semua yang mendoakan, menelefon dan teks di WhatsApp, terima kasih banyak-banyak kerana prihatin," katanya.

Baca juga: ‘Alhamdulillah, saya selamat’, kereta milik pelakon Erysha Emyra tiba-tiba terbakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!