TAHUKAH anda kemalangan boleh mencetuskan kebakaran?

Ia sepatutnya terbakar secara spontan atau tiba-tiba sebaliknya berpunca kerosakan lain lebih awal.

Atas beberapa faktor, kenderaan boleh mengakibatkan kebakaran dan membawa maut kepada penumpang.

Kira-kira satu daripada lima kes kebakaran kenderaan adalah melibatkan satu atau banyak kenderaan. Mengerikan bukan?

Gambar hiasan

Baca juga: Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

Menurut seanclearypa.com, terdapat beberapa kerosakan yang mengakibatkan kebakaran seperti berikut;

1. Kerosakan utama yang mengancam nyawa pemandu dan penumpang kebocoran saluran dan tangki minyak. Saluran aliran bahan api yang silap pasang atau posisi salah boleh pecah jika berlaku kemalangan. Hanya dengan kebocoran kecil boleh menyebabkan api marak pantas.

2. Bahan mudah terbakar seperti petrol, diesel atau minyak lain juga boleh terbakar jika terkena percikan atau logam terlampau panas. Kebakaran yang disebabkan bahan api biasanya berlaku bawah kenderaan atau dari atas permukaan jalan.

3. Sistem elektrik pada papan pemuka atau kawasan sekelilingnya boleh rosak jika berlaku kemalangan. Pelanggaran teruk boleh membuatkan kabel terputus dan mencetuskan percikan api yang kemudian menyambar bahan api. Selain itu pendawaian tidak sempurna dalam sistem pencucuhan boleh menyebabkan litar pintas.

4. Kegagalan enjin juga boleh mencetuskan kebakaran. Bateri rosak dan tidak dijaga baik boleh mengakibatkan kakisan mudah terbakar boleh terbentuk pada bahagian atas terminal bateri.

5. Selain faktor di atas, beg udara (air bag) meletup dan kerosakan mekanikal boleh mencetuskan percikan atau letupan pada bahan mudah terbakar.

TIP ELAK KENDERAAN TERBAKAR

Memandangkan kebakaran kenderaan kebanyakannya disebabkan oleh perlanggaran atau masalah pengilangan, langkah mencegah jarang dilakukan.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah khusus boleh mengurangkan risiko kecederaan dalam kejadian sedemikian.

Menurut Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan Amerika Syarikat (NFPA), berikut adalah cara mencegah kebakaran kereta:

Iklan

-Pastikan kenderaan diservis secara berkala oleh mekanik terlatih profesional.

-Periksa kenderaan jika mendapati ada kebocoran atau kereta tidak berfungsi dengan baik.

-Elakkan mengangkut petrol atau bahan api lain di dalam kenderaan.

-Jangan sekali-kali meletakkan kereta di tempat mudah terbakar menyentuh ‘catalytic converter’.

Iklan

-Pandu dengan selamat untuk mengelakkan kemalangan.

-Ambil tindakan segera jika melihat pendawaian retak atau longgar atau masalah elektrik , penutup minyak tidak boleh ditutup sempurna, kebocoran minyak/ cecair atau perubahan mendadak suhu enjin.

Kenderaan yang diselenggara dengan baik tidak mudah terbakar. Akhir sekali, elakkan merokok di dalam kereta untuk mengurangkan risiko kebakaran.

Baca juga: 10 fakta ‘laluan panas’ Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI