‘Alhamdulillah, saya selamat’, kereta milik pelakon Erysha Emyra tiba-tiba terbakar

KERETA milik pelakon baharu, Erysha Emyra terbakar di tepi jalan dalam satu kejadian semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Erysha yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharudin memaklumkan kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Satu kejadian trauma berlaku ketika saya nak pergi kerja. Alhamdulillah, saya selamat,” tulisnya.

Tambah pelakon berusia 23 tahun itu lagi, meskipun berada dalam keadaan panik ketika itu tetapi dia bersyukur berjaya menyelamatkan diri.

Namun, kereta jenis Mini Cooper miliknya tidak dapat diselamatkan.

Baca juga Lepas graduasi, imamkan solat, Syaikhul Islam buat Puteri Sarah tersentuh. ‘Mommy so proud of you abang’

Menerusi video pendek yang dikongsikan, kenderaan itu sudah hangus terbakar sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Erysha juga tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan kereta kesayangan berwarna biru itu hangus 100 peratus di depan mata.

“Kereta saya tiba-tiba terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Alhamdulillah saya dapat keluar daripada kereta tepat pada masanya, cuma panik sepanjang perjalanan.

Iklan

Baca juga Kepala terhentak, darah berkumpul dalam otak, bapa Hanis Zalikha dibedah. ‘Kalau lewat boleh hilang upaya bercakap, bernafas & koma’

“Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa syukur kerana Erysha selamat dan tiada perkara buruk yang berlaku terhadapnya.

Sumber: Erysha Emyra

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!