Ramai happy dapat 'insentif', ini tempat makan yang terima transaksi eMadani

Iklan
insentif emadani

RAMAI nampaknya senyum happy sebab ada duit lebih untuk belanja makan pada bulan ini.

Mana tidaknya, insentif RM100 yang dikreditkan terus ke e-dompet boleh meringankan beban penerima untuk tampung kos makan atau pembelian barang peribadi.

Iklan
Iklan

Nak cerita sikitlah fasal bantuan one-off kerajaan yang disalurkan terus ke aplikasi seperti MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Ramai yang resah bila dikatakan kredit RM100 itu tak boleh digunakan untuk transaksi seperti pemindahan rakan ke rakan, pengeluaran tunai dan bayaran parking atau tol.

Iklan

Namun jangan bimbang sebab duit tersebut boleh digunakan untuk belanja makan atau beli barangan di premis yang boleh menggunakan QR pay eMadani.

Iklan

Tak kurang juga, kalian boleh beli item seperti perkakas rumah, barangan sekolah, pakaian dan aksesori tanpa sebarang masalah.

Mesti kalian tertanya-tanya kedai makan mana yang boleh kita singgah dan gunakan insentif tersebut?

 

Nah, carian SinarPlus mendapati, ramai pengguna TikTok sudah kongsikan lokasi menarik. Antaranya seperti berikut:

Sushi King

Alamat: Seluruh cawangan negara

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Sushi King

Instagram: @sushikingmalaysia

MyBurger Lab

Alamat: Cawangan Kuala Lumpur dan Selangor

Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 9 malam

Facebook: myBurgerLab

Instagram: @myburgerlab

Baca juga Tebus RM100 eMadani, ini caranya melalui MAE, Setel, ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet

Secret Recipe

Alamat: Cawangan seluruh negara

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Secret Recipe Malaysia

Instagram: @secretrecipemy

BananaBro

Alamat: Cawangan seluruh negara

Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam

Facebook: Bananabro

Instagram: @bananabromy

Baca juga Alhamdulillah rezeki, RM100 kredit program eMadani boleh ditebus mulai 4 Disember, berikut syarat & kelayakan

MyLaksa

Alamat: Cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah

Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam

Facebook: MyLaksa Malaysia

Instagram: @mylaksa.my

Ayamas

Alamat: Cawangan seluruh negara

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Kedai Ayamas -Ayamas Roasters

Instagram: @kedai_ayamas

Kalau nak ditulis satu-satu, memang banyak lagi tempat makan-makan yang boleh kalian cuba.

Mungkin bagi si bujang, mungkin bolehlah cover sikit sampai tengah bulan, tapi untuk mereka yang ada banyak tanggungan mungkin sekali makan sudah habis.

Namun, ia bergantung kepada bentuk perbelanjaan masing-masing. Ada yang nak jimat, boleh beli stok beras atau barang kering dengan duit eMadani.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Okay, selamat berbelanja dengan berhemah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang