KISAH influencer dan usahawan yang mendakwa telah dikhianati suaminya yang tidak setia hingga terjatuh talak tiga menjadi perhatian ramai.
Pempengaruh itu mendedahkan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi hingga akhirnya mengetahui lafaz taklik talak tiga sudah terjatuh dengan sendirinya beberapa tahun yang lalu.
"Tak pernah sangka ini takdir saya, lebih parah, kegiatan si dia ini sudah bertahun-tahun. Dan bertahun-tahun juga sebenarnya mungkin sudah jatuh talak tiga tetapi saya baru sahaja beberapa hari ini," kongsinya.
Tambahnya, si suami pernah berjanji dan melafazkan jika curang, ada nafsu kepada mana mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan bercinta dengan wanita lain selepas itu akan jatuh talak tiga.
"Atas sebab cinta dan sayang saya menerimanya kembali. Dengan naifnya berpegang kepada apa yang dilafazkan itu dan percaya si dia akan sentiasa setia dan menyayangi dengan tulus ikhlas seperti yang dilihat di sosial media," kongsinya.
Apakah sebenarnya lafaz taklik? Berikut 10 info berkaitannya:
1-Taklik bermaksud menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan.
2-Contoh lafaz taklik ialah seperti-"Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu, maka kau tertalak.”
3-Sebagaimana pandangan masyhur yang merujuk kepada hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:"Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh iaitu nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak). Taklik yang menyebabkan jatuhnya talak hendaklah memenuhi syaratnya iaitu:
4-Suami: hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-kata taklik. Taklik hendaklah ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara yang mungkin berlaku.
Baca juga: Wanita yang jadi mangsa dera suami diminta jangan terlalu naif, apalagi cepat mengalah!
Baca juga: 'Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan' - Pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri
5-Isteri: Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah). Ulama bersepakat, talak akan jatuh sekiranya pelafaz (suami) memenuhi syarat yang ditetapkan
Syarat yang sudah disepakati ulama adalah seperti berikut:
a. Ada pertalian nikah.
b. Sempurna akal.
c. Dengan kehendak sendiri (pilihan bukan paksaan).
6- Pelafaz yang melakukan taklik bermaksud bersumpah tanpa inginkan jatuhnya talak.
7-Syarat dan balasan disebutkan bertujuan supaya ia dijauhi. Tujuan sumpah taklik adalah untuk mencegah perbuatan itu dan menakutkannya dengan sumpah.
[caption id="attachment_91759" width="768"] Gambar fail.[/caption]
8-Justeru, jika sumpah dilanggar seperti"Jika kau keluar kau tertalak” dengan niat untuk mencegahnya dan menakutkannya tanpa niat untuk mentalakkannya. Ia tidak bermaksud talak akan jatuh.
9- Umat Islam agar tidak mudah mempermain atau mempersendakan soal lafaz taklik dalam hubungan suami isteri.
10-Talak taklik tidak boleh ditarik balik. Pasangan wajib merujuk mahkamah syariah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang