WALAUPUN berstatus selebriti, itu bukan penghalang buat Faye Kusairi membuka perniagaan menjual nasi ayam tepi jalan.
Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu berkata, tidak pernah timbul perasaan malu dalam dirinya namun memerlukan keberanian bagi menghadapi pancaroba dalam berniaga.
"Alhamdulillah, seronok tetapi nak dapatkan keberanian meniaga tepi jalan, saya berdoa banyak supaya diberikan hati yang cekal, teguh dan kuat agar didekatkan dengan kebaikan,” katanya kepada Sinar Plus.
Wanita berumur 36 tahun itu berkata demikian ketika ditemui baru-baru ini di gerai Nasi Ayam Roasted miliknya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Bahkan katanya, ada juga pihak yang mempersoalkan tindakan pelakon drama popular 7 hari mencintaiku itu yang disifatkan tidak setaraf dengan dirinya sebagai artis.
Baca juga:44 tahun warnai dunia seni, belasungkawa buat Rohana Jalil, rakan artis, warganet titip duka
Namun bagi tuan punya badan, tujuan meniaga itu bukanlah mahu mencari populariti atau dijadikan bahan untuk diviralkan. Sebaliknya, ia lebih kepada minat selain memberi kesedaran terutama dirinya berhubung sifat rendah diri.
"Ramai yang bertanya kenapa meniaga tepi jalan tak standard. Dari dunia glamor, memilih meniaga tepi jalan.
"Bagi saya memang menyeronokkan kerana dapat belajar banyak perkara bukan mengenai perniagaan saja tetapi rasa nikmat rendah diri itu,” katanya.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, menceburi dunia perniagaan makanan dan minuman bukan mudah sekali gus mengajar erti bersyukur dalam menghasilkan rezeki.
"Tidak kisah apa orang cakap sebab tahu apa yang saya lakukan ini betul untuk keluarga dan untuk diri sendiri.
"Saya rasa meniaga buat saya rasa grounded dan bersyukur sangat setiap hari,” ujarnya.
Baca juga:Jadi pembunuh bersiri demi bolot harta, ‘Profesor’ ini sanggup racun suami, keluarga mertua
Baca juga:Air mata Shiha Zikir, diperlekeh rakan artis tanpa sebab
CEBURI BIDANG PENGACARAAN
Beliau dalam pada itu turut berkongsikan perkembangan kerjaya beliau yang tetap aktif berlakon. Terbaharu, beliau menceburi bidang pengacaraan.
"Insya-ALLAH saya masih shooting cuma mungkin sedikit memilih dengan watak.
"Ini kerana dengan perniagaan sedang dijalankan ini, saya perlu memilih watak yang betul-betul memberikan impak terutama kepada masyarakat,” katanya.
Faye berkata, perniagaannya itu turut dibantu oleh kedua-dua ibu bapanya.
Bagaimanapun, anak kelahiran Sarawak itu, sekiranya terlibat dengan penggambaraan drama atau filem, beliau akan mempertimbangkan untulk menambah kakitangan.
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017 dan menimang anak sulungnya, Alif Azmi pada 9 April 2018, anak kedua dan ketiga masing-masing perempuan sekitar Disember 2020 dan Julai 2023.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!