PEMERGIAN penyanyi era 80-an, Rohana Jalil, 68, menyentuh hati ramai.

Perjuangan juara Bintang RTM 1980 itu bergelut dengan kebocoran usus sejak Mac lalu berakhir dengan kedukaan.

Rakan artis dan warganet menitipkan belasungkawa buat keluarga Allahyarham.

Penyanyi, Datin Suliza Salam memaklumkan ibu kepada tiga cahaya mata itu pergi buat selama-lamanya 15 minit selepas bacaan Yasin diperdengarkan.

Baca juga: Rohana Jalil meninggal dunia

“Innalilllahi wainna ilaihirojiun. Syukur sempat bertemu dan memperdengarkan surah Yasin buatnya 15 minit sebelum Kak Ana menghembuskan nafas terakhir.

“Kembalinya sahabat dan seorang ibu untuk bertemu Sang Pencipta.

“Selamat jalan kakakku. Kak Ana seorang yang baik, semoga ALLAH mengampun segala dosa, mencucuri rahmat, dilapangkan kubur dan segala ibadah serta amalan diterima. Berehatlah dengan tenang,” titip Suliza.

 

Dunia hiburan tanah air berduka menerima berita kehilangan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil.

Anak seni tanah air menzahirkan ucapan takziah dan menitip doa buat Allahyarham.

Baca juga: Rohana Jalil lemah kerana kebocoran usus, rakan anjur majlis bacaan Yasin

– “Salam takziah buat keluarga arwah @kilafairyofficial, al-Fatihah.” – @almynadiaofficial

– “Al-Fatihah. Ya ALLAH, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya.” – @fedtriyahya

– “Innalillahhiwainnahirojiun,semoga ALLAH menempatkan roh arwah Dara Bt Abd Jalil (Rohana Jalil) dalam kalangan roh orang yang beriman, aamiin. Salam takziah @kilafairyofficial dan keluarga.” -@mariajjcm

Baca juga: Rupa-rupanya ibu Kilafairy sibuk buat ini sepanjang PKP

Iklan
Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim

Rohana dilaporkan meninggal dunia pada pukul 11.33 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dirawat akibat kebocoran usus.

Menurut pengurus peribadi Rohana, suami Allahyarham memberitahu jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya.

Semalam, SinarPlus melaporkan Rohana semakin lemah dan ditempatkan di wad pemantauan.

Pelantun lagu Rayuanku itu pernah menerima kunjungan ziarah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 April lalu.

44 tahun mewarnai dunia seni, Rohana bukan nama asing dalam dunia seni suara dan hiburan tanah air.

Iklan

Anak jati  Kota Tinggi, Johor itu melebarkan sayap sebagai penyanyi pada 1979 ketika berusia 17 tahun.

Selepas dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, beliau kemudian dilamar syarikat rakaman, AB Records.

Baca juga: Apa itu masalah kebocoran usus yang dideritai arwah Rohana Jalil? Ini penerangan pakar

Sumber: Instagram Datin Suliza Salam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi