IBU pergi buat selama-lamanya, penyanyi Khai Bahar sempat pulang menaiki bot dari Langkawi, Kedah.
Berkongsi perjalanan menaiki bot dalam kegelapan malam untuk kembali ke sisi bonda tercinta, Rosnah Muhammad, 62, Khai turut menitipkan luahan pilu.
Terdahulu, pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin berkongsi berita duka itu melalui Instagram Story.
"Salam semua, saya pengurus yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan buat ibu Khai) meninggal dunia pada jam 10.40 malam di Perlis.
"Solat jenazah akan diadakan pada 3 Januari di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat Zohor diikuti dengan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar. Semoga rohnya dicucuri rahmat," titip Mohammed Rizal.
Baca juga: Khai Bahar kemalangan on the way balik Perlis, hasrat pujuk emak ke hospital tak kesampaian
Baca juga: Alami anxiety, Khai Bahar pernah dengar bisikan cedera diri sendiri. 'Semua pisau kena sembunyi'
Baca juga: Khai Bahar selesa pilih cara hidup sederhana, lebih gemar menaiki kereta api untuk pulang ke kampung
Allahyarham ibu Khai, menghidap sakit buah pinggang dan pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur kerana masalah kesihatan itu dan perlu menjalani rawatan dialisis.
Mepmunyai ikatan yang rapat dengan ibu tersayang, Khai dilapor menolak tawaran berlakon sejak setahun lalu kerana enggan menyusahkan syarikat produksi jika sesuatu perkara berlaku kepada permaisuri hatinya itu.
Pemergian Allahyarham Rosnah meninggalkan 10 orang anak.
Salam takziah buat Khai dan keluarga atas pemergian ibu tersayang, al-Fatihah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!