Khai Bahar kemalangan on the way balik Perlis, hasrat pujuk emak ke hospital tak kesampaian

A
A
A

PENYANYI, Khai Bahar terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke negeri kelahiran Perlis Indera Kayangan.

Kenderaan BMW putih dinaiki pelantun lagu Bayang dan Selagi Aku Ada itu mengalami kerosakan selepas melanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul di atas jalan.

Bagaimananapun, kejadian yang berlaku pada jam 5.00 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Baca juga: Khai Bahar akui sunyi hidup sendirian, namun tidak rancang untuk berkahwin dalam masa terdekat

Baca juga: Khai Bahar selesa pilih cara hidup sederhana, lebih gemar menaiki kereta api untuk pulang ke kampung

“Bulan ini sahaja sudah beberapa kali balik Perlis. Tapi kali ini tak dapat sampai sebab terlanggar tayar lori tengah lebuh raya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam pada itu, Khai Bahar atau Muhammad Khairul Baharuddin turut meluahkan rasa terkilan disebabkan kemalangan tersebut hasratnya untuk membawa ibu, Rosnah Muhammad, 61, menjalani rawatan di hospital tidak kesampaian.

“Alhamdulillah tiada benda serius. Sesi nak pujuk mak pergi hospital gagal kali ini,” tulisnya lagi.

Khai sebelum ini pernah berkongsi kebimbangan terhadap kesihatan ibunya yang menghidap sakit buah pinggang.

Tahun lalu, ibunya pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur kerana masalah kesihatan itu dan perlu menjalani rawatan dialisis.

Baca juga: Khai Bahar guna wang simpanan sebagai modal perniagaan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca