PENYANYI Khai Bahar mendedahkan dirinya pernah mengalami kebimbangan berlebihan atau anxiety.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menerusi rancangan bual bicara HLive: One To One berkongsi keadaan yang dialaminya pada awal 2019.

Pelantun lagu Bayang dan Selagi Aku Ada itu mendedahkan perubahan emosinya berlaku secara tiba-tiba.

Lebih parah, penyakit mental yang dialami selama lebih setahun itu pernah berada pada tahap ekstrem apabila mula mendakwa mendengar bisikan mengarahkan beliau mencederakan diri sendiri.

Baca juga: Bimbang melampau perkara tak pasti derita pesakit anxiety, wajib pantang 5 makanan ini elak murung

“Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba murung dan over thinking. Kadang-kala ketika hendak tidur saya pernah mendengar bisikan menyebabkan saya (tertanya-tanya) apa yang berlaku kepada diri.

“Perkara itu berlarutan selama setahun lebih, saya struggle dengan anxiety. Hendak tidur tak boleh, sesak nafas.

“Cuba pejamkan mata, kepala terasa berpusing dan mendengar bisikan supaya terjun balkoni,” ujarnya.

Khai yang bimbang tidak dapat mengawal diri cuba mengambil langkah keselamatan. Justeru, anak jati Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis itu bertindak menyembunyikan peralatan tajam.

“Sampai saya simpan pisau dalam almari kerana tidak mahu melihatnya. Jika nampak, saya akan terbayang rodok diri sendiri,” tutur Khai.

Baca juga: Khai Bahar selesa pilih cara hidup sederhana, lebih gemar menaiki kereta api untuk pulang ke kampung

Tidak hanya bisikan, kesunyian yang melanda membuatkan penyanyi berusia 29 tahun itu tidak betah tinggal di rumah sendirian dan meminta abangnya menemani sebagai ikhtiar menangani

“Selepas itu, saya rasa lonely dan sangat sunyi di rumah. Tidak tahu untuk menghadapinya, saya meminta abang dan keluarganya pindah dan tinggal bersama.

“Bermacam perkara fikir ketika itu. Tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku secara tiba-tiba,” ujarnya.

Dalam pada itu, anxiety dan overthinking yang dialami menyebabkan Khai memilih berada di kediaman sahaja.

“Malah, saya juga mengambil tempoh yang lama untuk keluar melihat dunia kerana hanya ingin duduk terperuk di rumah saja. Keluar pun atas urusan kerja, jika tiada perkara yang penting memang saya hanya duduk di rumah.

“Ada juga masanya saya rasa seperti sesak nafas pada tengah malam dan terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Untuk menyedapkan hati, saya juga menjalani medical check up dan hasilnya saya sihat walafiat,” katanya.

Baca juga: Khai Bahar akui sunyi hidup sendirian, namun tidak rancang untuk berkahwin dalam masa terdekat

Pasangan duet Adira Suhaimi menerusi lagu Pejam itu juga megakui serangan anxiety mula dialami sejak timbul rasa bimbang akan persepsi umum mengenai pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.

Pun begitu, Khai bersyukur kerana berjaya menangani masalah mental yang dialami dan berkongsi perkara itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit mental itu.

“Kita tahu apa yang terbaik untuk tubuh kita, jadi kita tahu apa yang harus dilakukan dan dielakkan daripada terkena serangan kebimbangan melampau ini. Jadi saya melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan serangan ini tidak lagi menyerang diri saya.

“Kepada semua pesakit mental yang melalui fasa yang sukar, percaya semua ini ada hikmah disebaliknya. Segera dapatkan bantuan pakar psikiatri dan jangan malu kerana penyakit berkaitan kesihatan mental,” katanya,” ujarnya.

Baca juga: Khai Bahar kemalangan on the way balik Perlis, hasrat pujuk emak ke hospital tak kesampaian

TANDA ANXIETY

1-Anxiety disorder adalah kerisauan terhadap sesuatu yang belum berlaku.

2-Seseorang yang mengalami anxiety akan mula rasa gelisah hingga tindak balas lawan atau lari (fight or flight) mereka akan diaktifkan. Ini merupakan satu respons badan yang akan berlaku secara automatik tatkala kita berada dalam bahaya.

3-Gangguan mental ini berlaku dan dicetuskan oleh beberapa keadaan seperti berikut:

a)-Kebimbangan luar biasa yang teruk atau berpanjangan.

b)Berlaku tanpa keadaan yang menyebabkan penghidapnya tertekan.

c)Kebimbangan dialami mengganggu keupayaan anda untuk berfungsi.

d)Anda sering bertindak keterlaluan apabila sesuatu mencetuskan emosi anda.

e)Anda kerap kali tidak boleh mengawal respons terhadap situasi.

Iklan

4-Antara gejala tingkah laku penghidap gangguan ini adalah seperti berikut:

a)Tidak berupaya untuk diam dan tenang.

b)Rengsa iaitu lemah badan dan rasa tidak bertenaga

c)Tidak sabar

d)Aktiviti harian mudah terganggu.

e)Tubuh dan minda rasa letih yang luar biasa sepanjang masa.

f)Sukar tidur malam.

g)Sering sesak nafas

h)Otot rasa kejang dan sakit

i)Tidak sedap perut seperti kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety.

Iklan

g)Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal General Hospital Psychiatry, individu yang mengalami anxiety mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk muntah atau rasa loya selepas makan.

h)Tidak berhenti berpeluh lebih-lebih lagi pada tapak tangan atau ketiak susulan gemuruh dan gelisah.

i)Terlebih makan atau kurang selera makan.

j) Jari atau tangan menggigil tanpa sebab kesan sampingan peningkatan hormon stres dalam badan.

Jika beberapa simptom di atas jelas berlaku dan berterusan dari masa ke masa, anda perlu cepat-cepat mendapatkan bantuan daripada doktor ya.

Baca juga: Ella teruja bertemu peminat, dedah diri hadapi anxiety

Sumber: Official HLive, Hello Doktor 1, Malaysia Psychiatric Associaton

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!