Sambut kelahiran anak ketiga baby boy, Dr Say Shazril luah rasa. 'Tanggungan & tanggungjawab semakin besar'

Iklan
portal image (3)

DOKTOR selebriti, Dr Say menyambut kelahiran cahaya mata ketiga pada 8.16 pagi tadi. Isterinya, Dr Azura Abas selamat melahirkan bayi mereka menerusi pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya Selangor.

Beliau berkongsi berita gembira menerusi Instagram dengan memuat naik foto bayinya yang dinamakan Zeqriel yang sedang dibedung.

Iklan
Iklan

"Welcome our third Son, Zeqriel. Assalamualaikum semua, nama saya Zeqriel. Uncle aunty tak perlu Google ape maksud Zeqriel sebab daddy cakap dia nak bagi nama saya rhyme dengan abang-abang jadi tak ada maksud hihi. Berat saya 3.34 kilogram," titip Dr Say.

Iklan

Menerusi perkongsian di Insta Story, pemilik nama Muhammad Shazril Shaharuddin itu meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa sebelum isterinya menjalani pembedahan. Ujarnya, perasaan nervous dan excited bercampur baur.

Iklan

Baca juga: ‘Agak terduduk, ‘keras’ tapi demi anak kami berkorban.’ Dr Say pindah rumah demi pembelajaran anak istimewa

Baca juga: Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. ‘60% lelaki Malaysia tidak subur’

Baca juga: ‘Me time dengan isteri, reset & tenangkan diri.’ Utamakan keluarga, Dr Say pilih keluar dari zon selesa

Baca juga: ‘Nak kata malu, sikit pun tidak’. Dr Say sayu anak sulung autisme kini miliki kad OKU, berikut 25 kelebihannya mak-mak perlu tahu

"Walaupun sudah memiliki dua cahaya mata, tetapi rasa cuak pula yang ketiga ini.

"Banyak yang anak kena jaga, besarnya tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Isteri saya relaks sahaja, tapi saya nervous sikit, doakan dipermudahkan," katanya.

Dr Say berkahwin dengan Dr Azura pada 3 Mac 2014. Mengambil masa hampir lima tahun sebelum menimang anak pertama, pempengaruh itu mendedahkan berhadapan masalah kesuburan.

Justeru, beliau mengambil langkah mengubah gaya hidup dengan mengamalkan pemakanan sihat dan senaman sebelum dikurniakan Aezriel pada Mei 2019.

Pasangan itu kemudian menyambut kelahiran anak kedua dinamakan Sefriel pada 18 Ogos 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang