‘Agak terduduk, ‘keras’ tapi demi anak kami berkorban.’ Dr Say pindah rumah demi pembelajaran anak istimewa

UMUM mengetahui anak sulung kepada doktor selebriti dan pempengaruh, Dr Say disahkan mengalami autisme tahap sederhana.

Baru-baru ini, pegawai perubatan terkenal itu memuat naik sepotong video yang memaparkan gelagat anaknya yang enggan berpindah ke rumah baharu.

Dr say

“Anak autisme memang sedikit susah untuk sesuaikan diri dengan  suasana baharu. Salah kami sebab tak beritahu awal.

“Sepatutnya kena beritahu seminggu atau dua minggu awal yang kami akan pindah rumah. Sebaliknya, kami terus bawa dan cakap inilah rumah baharu kita,” dedah Dr Say.

Baca ni ‘Me time dengan isteri, reset & tenangkan diri.’ Utamakan keluarga, Dr Say pilih keluar dari zon selesa

Natijahnya, pemilik nama sebenar Muhammad Shazril Shaharuddin itu berkata, permata hatinya itu memang sedikit sukar menyesuaikan diri.

Namun, usai dipujuk oleh isterinya dengan membelikan barang mainan, barulah sikap sikap si kecil kembali berubah.

Dr say

“Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, kena pandai cara pujuk dengan makanan atau mainan yang mereka suka. Kena reward untuk memaksa diri mereka terima perubahan tersebut.

“Kalau diikutkan tiada ruang tertentu dalam rumah yang menjadi kegemarannya. Cuma, ia lebih kepada sukar menerima persekitaran baharu. Alhamdulillah, kini Ace sudah okay,” ujar suami kesayangan Dr Azura Abas itu.

Baca lagi ‘Nak kata malu, sikit pun tidak’. Dr Say sayu anak sulung autisme kini miliki kad OKU, berikut 25 kelebihannya mak-mak perlu tahu

TERAPI KHAS

Bercerita lanjut mengenai sikap Ace atau nama sebenarnya Aezrie, sewaktu pindah sekolah khas, beliau juga tidak mahu buang air di sekolah.

Dr say

“Sanggup Ace tahan dari pagi hingga tengah hari dan pulang ke rumah barulah dia ‘membuang’. Mujurlah pihak sekolah pandai, tahu bagaimana nak  tackle hati.

“Perlahan-lahan beliau sudah boleh membiasakan diri sehingga sekarang dan terima persekitaran baharu. Tujuan kami tukar sekolah kerana di sana disediakan terapi khas yang spesifik untuknya secara bersemuka (one to one),” jelas Dr Say.

Dedah beliau lagi, biarpun sudah memiliki rumah sendiri, namun terpaksa ditinggalkan demi kebaikan anaknya.

Kini, kediaman berkenaan dihuni oleh kakaknya buat sementara waktu.

Baca lagi “Terduduk dibuatnya, buah pinggang rosak tahap 2, air kencing berdarah”- Dr Say nasihat buat pemeriksaan

Dr say

“Rumah kami sebelum ini di Cyberjaya, jadi agak ‘sakit’ kalau nak ulang-alik ke Bangsar setiap hari. Justeru, kami ambil keputusan untuk pindah dan sewa di Bangsar selama setahun.

“Walaupun kami terpaksa berkorban kerana sewa bulanan RM5,500, memang agak terduduk dan ‘keras’ sedikit, namun disebabkan sekolah kedua-dua anak kami, jadi apa salahnya kan.

Iklan

“Lagipun ini semua  rezeki anak-anak, kami hanyalah penjaganya,” ujarnya lagi.

Baca lagiDr Say Shazril umum isteri hamil anak ketiga, ramai titip doa buat baby & ibu

ANAK ISTIMEWA 

Dr say

Ditanya kenapa perlu menyewa sedangkan lebih baik membeli dan dijadikan aset, ini jawapan yang diberikan:

“Memang Bangsar berdekatan dengan semua benda, namun ia sedikit padat.

“Rasa terkongkong dan tiada tempat yang bebas untuk anak-anak lari-lari dan bermain. Taman pun sedikit jauh.”

Iklan

Diminta berkongsi tip dalam membesarkan anak istimewa, jujur empunya diri berkata, bukannya semua mampu berbuat demikian.

Baca lagi Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. ‘60% lelaki Malaysia tidak subur’

Dr say

“Percayalah anak istimewa ini susah untuk dijaga. Namun, ingatlah ganjarannya bukan di dunia, tetapi akhirat kelak. Itu yang saya dan isteri fikirkan. Kami hanya tolong jaga sekejap.

“Nikmat sebenar kita akan peroleh kemudian. Biar bersusah payah seketika, cuba sehabis baik, tolong setakat mampu termasuk bab kasih sayang dan kewangan. Insya-ALLAH ganjaran di akhirat kelak,” ungkap Dr Say tulus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang