KEHADIRAN jemaah yang sangat ramai menyebabkan solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn didirikan dua kali baru-baru ini.
Program Semarak Subuh yang diadakan di masjid mendapat sambutan luar biasa apabila masjid itu dibanjiri lebih 12,000 jemaah.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi TikTok terharu dengan kehadiran jemaah yang amat menggalakkan bagi menyokong program tersebut.
"Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini merupakan hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.
"Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program #SemarakSubuhJohor #SolatSubuhMacamJumaat bertempat di Masjid Sultan Iskandar.
"Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur, penyumbang-penyumbang, saudara Jalil Razak, Acad Raja Lawak, Shahrol Shiro dan rakan-rakan pempengaruh lain serta pihak pengurusan masjid yang menjayakan program hari ini,” katanya.
Beliau berharap agar umat Islam di negeri ini terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT.
Menerusi video sama, jemaah yang hadir solat di pekarangan masjid, di atas jalan dan di kawasan parkir masjid berkenaan.
Menteri Besar Johor itu kemudian bertemu dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir selain berswafoto dengan mereka.
Masya-ALLAH bangga kita melihat suasana sedemikian.
Terdahulu kempen Subuh Macam Jumaat dimulakan oleh selebriti, Alif Satar.
Ia kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan anak muda.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus.
Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!