SELEBRITI dan usahawan, Alif Satar tidak asing lagi dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat. Paling meriah, kira-kira 3,000 jemaah hadir ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk solat Subuh berjemaah pagi 1 Januari 2024.

Penyanyi kumpulan Alif Satar and The Locos itu menerusi laman sosialnya berkongsi video yang memaparkan suasana sekitar ruang solat yang dipenuhi jemaah.

“Pejuang subuh 1 Januari 2024. Alhamdulillah, 3,000 orang pagi ni.

“Masing-masing akan pulang ke tempat masjid kawasan sendiri dan teruskan dan ajak lebih ramai lagi join #GengSubuhMacamJumaat. Kalian subuh masjid mana pagi tadi? Nanti Alif singgah insya-ALLAH,” kongsinya yang turut memuat naik rakaman morning run bersama jemaah.

 

Alif yang memulakan misi itu pada penghujung November lalu mengakui idea gerakan Subuh Macam Jumaat tercetus apabila dirinya terpempan dengan kata-kata seorang ustaz.

“Gerakan Subuh Macam Jumaat ini bermula disebabkan isu melanda Palestin juga.

“Saya pergi kelas agama kemudian ustaz tanya ada pergi solat Subuh di masjid tak?

“Sebab takut mengantuk. Dengan mengantuk pun takut, nak sembang lawan zionis.

“Malah ada satu hadis ini kata waktu paling berat adalah Isyak dan Subuh. Kenapa tidak betulkan diri sendiri dan saya rasa mesej saya pun sudah salah,” kata Alif yang memulakan tanda pagar Geng Subuh Macam Jumaat menerusi Instagram miliknya.

Baca juga: ‘Bimbang ada yang serius tapi alhamdulillah’. Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah

Baca juga: ‘Tak perlu cipta helah raih perhatian.’ Jadi diri sendiri & anggap kerja ibadah, resipi Alif Satar sifar kontroversi

Baca juga: Alif Satar pernah diami flat Wangsa Maju, imbau kenangan zaman kecil, tak lupa asal-usul

Baru-baru ini, ketika kunjungan ke Seoul, Korea Selatan, suami kepada Shadila Halid itu turut berkongsi jemaah Geng Subuh Macam Jumaat di Seoul Central Masjid Korea.

Malah menurut Alif, beliau terkejut impaknya sampai ada pengikut di Indonesia, Australia dan Turki turut mengikuti kempen itu manakala pelajar universiti turut buat kempen subuh berjemaah di kampus masing-masing.

Baca juga: ‘Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar jer Tok Abah berkenan.’- Ciapan Fadzilah Kamsah jadi perhatian, warganet setuju

Baca juga: Bawa isteri naik motor Harley Davidson, ramai terinspirasi dengan Alif Satar

Baca juga: ‘Boleh buat nangis 4 lautan,’ Alif Satar kongsi surprise dari 2 anak perempuan bikin sebak

Iklan

Warga maya mengucapkan tahniah kepada @alifsatar dan semua yang terlibat untuk #gengsubuhmacamjumaat.

– “Alhamdulillah..walaupun Alif baru lepas kemalangan ia tak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan misi #gengsubuhmacamjumaat. Tahniah @alifsatar. Allahuakbar.”

– “Masya-ALLAH tabarakallah. What a great way to use the platform ke arah kebaikan🫶🏻.”

– “Moga ALLAH permudahkan segala jihad @alifsatar and the geng aamiiinnn.”

– “Salute brader bawa aura yang power kepada masyarakat. Alhamdulillah, tahniah para pejuang Subuh.”

Iklan

– “Subhanallah, Alhamdulillah. Seronok tengok ramai yang menyemarakkan solat subuh di masjid-masjid.”

– “That why your name is Alif. You started it.”

Sumber: Instagram Alif Satar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!