KEMPEN Subuh Macam Jumaat yang dimulakan oleh selebriti, Alif Satar semakin mendapat sambutan dalam kalangan anak muda.

Kini, fenomena itu semakin meluas penerimaannya sehingga ke Singapura.

Dimulakan sejak November tahun lalu, gerakan tersebut menerapkan amalan solat subuh di masjid dan surau.

Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Al Fajr menyambut baik inisiatif berkenaan dan bertanggungjawab menganjurkannya.

Dalam video yang dimuat naik influencer Singapura iaitu Don Jany, program yang julung kali dianjurkan itu berlangsung di Masjid Mujahidin, Singapura.

Baca juga: Alif Satar guna pengaruh untuk kebaikan, 3,000 ‘pejuang’ hadir misi Geng Subuh Macam Jumaat, galak jemaah di masjid

Baca juga: ‘Bimbang ada yang serius tapi alhamdulillah’. Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah

Baca juga: Pemergian pensyarah rebah di kuliah Subuh petanda husnul khatimah, Dr Zulkifli dedah arwah semangat berdakwah, ilmu tinggi

Ribuan anak muda republik itu memenuhi ruangan masjid untuk solat berjemaah.

Tidak ketinggalan selebriti terkenal, Taufik Batisah yang dilihat berdiri di hadapan mikrofon melaungkan azan Subuh di masjid berkenaan.

Video yang menerima 34,000 tanda suka itu meraih perhatian warga maya.

Selain tertarik dengan kemerduan suara Taufik, rata-rata memuji Alif Satar kerana telah memulakan satu norma baharu umat Islam khususnya anak muda sekali gus memupuk perpaduan.

Malah ada yang mendakwa jumlah jemaah bagi solat Subuh kini semakin bertambah.

– “Masya-ALLAH, such a good movement, yang baik kita ikut.”

– “Masya-ALLAH @alifsatar memang terserlah haji mabrurmu. Mampu mengubah satu dunia.beyond words!”

-“Masya-ALLAH Tabarakallah. Semoga sholat berjemaah di Masjid Mujahiddin ini berterusan dengan beristiqamah hendaknya. Semangat terus lagipun sudah masuk bulan Rejab yang barakah.”

Iklan

– “Alhamdulilah. Such a wonderful initiative. Bless to the person who inspired this and put into action.”

– “Subhanallah this is beautiful. Masya-ALLAH, I’m beyond words.”

– “Sedapnya suara Taufik bila melaungkan azan, menusuk kalbu.”

– “Suara merdu Taufik.. Alhamdulilllah brother.”

– “Believe it or not our mosques all over Singapore is getting more jemaah after the first #gengsubuhmacamjumaat masya-ALLAH”

Iklan

Alif dalam salah satu komen berkata akan menyertai jemaah di masjid negara itu tidak lama lagi.

“Will join u soon my brothers,” titipnya.

Sumber: Instagram _donjany & luqmanshii

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!