'Tidak ingat bila kali terakhir menangis.' Rita Rudaini korbankan kehidupan & keinginan demi anak-anak

Iklan
Copy of Copy of gambar portal

PELAKON, Rita Rudaini menepis dakwaan menyatakan dirinya berlagak menghantar anak-anak ke sekolah privasi.

Rita, 48, berkata, memang kos perbelanjaan pendidikan itu agak besar sekali gus membuatkan beliau berjuang habis-habisan dan kadang-kala nyawa-nyawa ikan, semuanya demi masa depan dua orang puteranya.

Iklan
Iklan

"Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak. Saya korbankan kehidupan serta keinginan demi kehidupan mereka..

"Susah payah berbaloi bila dapat berikan pendidikan yang terbaik dan selesa untuk keluarga.. bukan berlagak, saya tak pernah merasa sekolah privasi ketika kecil.

Iklan

"Apa salahnya tengok dua anaknya merasa tapi bagi saya nak seribu daya tak nak seribu dalih.. rempuh jugak meskipun keadaan struggle," katanya menerusi Instagram.

Bagaimanapun menurutnya, rezeki itu datang daripada ALLAH dan setiap manusia perlu yakin bahawa betapa susah dan terhimpit dalam menghadapi dugaan pasti ada jalan penyelesaian.

Iklan

Baca juga: Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

Baca juga:;Sarat rindu pada arwah suami, sedihnya tengok.’ Momen perpisahan Ina Naim; jirannya bikin ramai sebak!

"Saya percaya ALLAH bersama saya.. selalu pegang kata-kata ini dalam hati insya-ALLAH..ALLAH akan permudahkan...ada org yang lagi susah daripada kita...

"Ini juga selalu saya pesan kepada mereka...satu lagi walaupun family kita tak complete macam org lain, tapi kita boleh bahagia cara kita," ujarnya.

Menguruskan kerjaya & anak

Tambah Rita, sejak bergelar ibu tunggal, dirinya sibuk menguruskan kerjaya dan anak-anak sehingga tiada masa memikirkan kepenatan diri kerana yang lebih utama mengutuhkan hubungan keluarga kecil tersebut.

"Saya tak sempat untuk melayan perasaan itu semua kerana terleka dengan figura anak-anak yang semakin membesar depan mata.

"Dulu masa belum ada dua lelaki ini kerap bekerja kerana bosan di rumah... sejak ada mereka..hidup saya berubah sepenuhnya, kerja sebulan dan dua hingga tiga bulan rehat rest untuk spend time dengan mereka.dan jika mereka sekolah takkan ambik job yang oustation. kena tolak.. bagi saya rezeki tetap akan ada," ujarnya.

Untuk rekod, Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, yang kini di bawah jagaan Rita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!