KONTROVERSI yang membabitkan pelakon terkenal Zahirah MacWilson dan suami baru-baru ini langsung tidak berbekas di hati mereka.

Mengambil pendekatan berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang maklum balas, pasangan bahagia tersebut menjalani kehidupan seperti biasa.

Terbaharu, beliau yang kini sedang hamil anak kedua menerusi hantaran dalam InstaStory miliknya memuat naik video pembinaan rumah mereka yang dikhabarkan bakal siap tidak lama lagi.

Baca ni ‘Cantik & besar rumah. Alhamdulillah rezeki Makder.’ Video rumah baharu Raissuddin Hamzah dan isteri raih perhatian ramai!

Zahirah

Apa yang membuatkan warga maya teruja adalah, kediaman tersebut nampak luas lengkap dengan landskap taman pada bahagian luar.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza

itu meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki untuk mengubah suai kediamannya.

“Alhamdulillah untuk segalanya. Terdapat banyak perkara untuk disyukuri dengan air mata kegembiraan. Terima kasih ALLAH YANG SATU untuk segala-galanya,” titip beliau.

zahirah 2

Ruang santai sambil healing

Dalam hantaran berbeza, beliau turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan kerja-kerja menyiapkan kolam renang sedang dijalankan di kediaman baharunya yang turut bakal dilengkapi dengan ‘lounge’ atau sunken lounge secara terbuka.

Menariknya ruang berkenaan tampak begitu eksklusif, mewah dan sesuai dijadikan lokasi untuk lepak sambil healing.

Bahkan katanya, kediaman milik keluarga kecil itu juga bakal dilengkapi dengan bilik teater untuk bersantai sekeluarga.

Baca juga ‘Besar & mewah macam istana.’ 20 tahun simpan angan-angan, rumah impian Yatie Kamarzaman bakal siap dibina. Lawanya!

zahirah 1

Video tersebut kemudiannya dikongsikan kembali menerusi Instagram _inaijari01_. Berikut beberapa perkongsian oleh warga maya menerusi ruang komen:

‘Alhamdulillah murah rezeki.’

Iklan

‘Kos nak buat pool tu je dah beratus ribu. Fuh Tak sabar nak tengok hasilnya.

‘Confirm cantik ni bila dah siap.’

zahirah 3

‘Alhamdulillah Rezeki ALLAH SWT.’

‘Mesti cantik. Suka lah nanti Ijack dapat main puas-puas.

‘Walaupun masih tengah buat, dah nampak cantik dah interior nya.’

Iklan

‘Wah.. mesti cantik rumah baru.’

Sumber gambar & video: Instagram zahirahmacwilson & _inaijari01_

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang