KEPULANGAN  arwah Suhaimi Saad ke Rahmatullah 15 November tahun lalu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada isterinya, Ina Naim dan ahli keluarga, bahkan juga masyarakat sekeliling.

Sikap peramah dan mudah mesra pemilik nama sebenar, Mohd Suhaimi Saad itu cukup disegani ramai termasuklah jiran sekeliling.

Beliau sebelum itu ditidurkan di ICU sebuah hospital di Johor Bahru selepas seminggu dirawat ekoran keadaan kesihatannya kurang baik. Namun ALLAH lebih menyayanginya.

Allahyarham meninggalkan isterinya bersama empat orang cahaya matanya Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony hasil perkahwinan 12 Ogos 2007.

Baca juga ‘Dia nak umur hanya 43 tahun.’ Suhaimi Saad ‘pergi’ dengan mudah, ketenangan Ina Naim jentik hati warga maya

Selepas tiga bulan berlalu selepas pemergian bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu, isterinya Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim bersama anak-anak menjejakkan kaki ke rumah sewa mereka di Kelantan.

Turut menemani anak-beranak itu adalah mak, ayah dan adik-beradiknya.

Kepulangan mereka disambut dengan mesra dan penuh air mata oleh jiran di sekeliling. Menerusi perkongsian di TikTok milik Madamtiass, jelas kelihatan keakraban antara Ina sekeluarga dengan jiran-jirannya,  membuatkan mereka bertungkus lumus menyediakan hidangan bagi menyambut kedatangannya.

Baca juga Pesanan terakhir Suhaimi Saad dalam live undang sebak. ‘Usahakan setiap waktu solat jemaah, dua orang pun tak apa…’

Suasana meriah dan masing-masing tidak melepaskan peluang berbual dan bertanyakan khabar anak kelahiran Kota Tinggi Johor itu.

Namun, tiba masanya untuk mereka berpisah memandangkan Ina sekeluarga bakal pulang ke rumahnya di Johor, suasana sedih mula meyelubungi mereka.

Wanita tabah kuat semangat

Ada yang tidak mampu menahan sebak. Paling mencuri tumpuan pastinya sosok tubuh Ina usai kehilangan insan yang paling beliau sayangi.

Baca ni Tak cemburu orang senang, suka sedekah, cerita Ina Naim kebaikan, sifat mulia Suhaimi Saad undang air mata

Juraian air mata membanjiri pipi wanita tabah dan kuat semangat itu tatkala memeluk jirannya bagi mengucapkan selamat tinggal.

Hantaran video yang memaparkan situasi tersebut mengundang sebak warga maya. Raa-rata mengakui turut merasai kesedihan tersebut.

‘Masa awal-awal arwah meninggal, Ina nampak tenang je tak sedih sangat. Sekarang ini selalu nampak dia menangis, mungkin sudah mula merindui arwah.

‘Pertama kali tengok Ina Naim nangis macam ni.’

‘Dari Ina Naim ni lah aku belajar untuk patuh suamiku dengan lebih baik.. Moga Ina Naim diberikan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan kehidupan.’

Baca juga Bekas penyanyi In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia pada usia 43 tahun. Punca pemergian belum dikenal pasti

Iklan

ina

‘Berat nak melangkah,tinggalkan jiran-jiran yang banyak tolong dia.Moga ada jodoh bertemu lagi.’

‘Allahuakbar semoga ALLAH mudahkan segala urusan Ina Naim.’

‘Pertama kali tengok Ina menangis macam ni. Dia rindu kenangan lalu bersama arwah dan orang sekelilingnya yang baik-baik. Sebak tengok.’

‘Arwah suami dia selalu buat dia ketawa.. sekarang dah takda. Semoga Ina Naim diberi kesabaran. Sedih tengok dia nangis.’

‘Orang baik ramai sayang dan mohon ALLAH sayang Ina dan anak-anak.’

Sumber: TikTok madamtiass

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang