Graduan universiti terkemuka Oxford, fasih berbahasa Mandarin, Perancis & Itali, 10 fakta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

Iklan
Graduan universiti terkemuka Oxford, fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali, 10 fakta menarik Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah (1)

SELAMAT sudah Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-17 sekali gus Ketua Utama Negara Malaysia baharu. Ini sekali gus menjadikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah turut menjadi perhatian warga maya.

Di belakang setiap lelaki yang hebat, pasti ada wanita tabah dan kuat di sisi. Berikut 10 info menarik baginda:

Iklan
Iklan

1-Raja Zarith Sofiah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Sultan Perak Almarhum Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah danRaja Perempuan Perak, Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Datuk Sri Ariff Shah.

Iklan

2-Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar sehingga darjah enam sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar. Pada September 1972, baginda kemudian melanjutkan pengajiannya di Cheltenham Ladies College di England hingga tamat Tingkatan Enam.

3-Beauty with brain, pada tahun 1977 baginda kemudian telah meneruskan pengajiannya di Davies College, London seterusnya diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford pada 1978.

Iklan

Baca juga: [20 FOTO] Daulat Tuanku! Sultan Ibrahim rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17

4-Pada Jun 1983, Raja Zarith Sofiah dikurniakan Ijazah Sarjana Muda seterusnya Ijazah 'Bachelor of Arts in Chinese Studies' pada tahun 1986.

5-Baginda juga dikenali sebagai ahli bahasa dan mempelajari beberapa bahasa termasuk bahasa Mandarin, bahasa Perancis dan bahasa Itali. Semasa belajar di Universiti Oxford, Baginda telah memilih bahasa Mandarin sebagai salah satu subjek dalam pengajiannya.

6-Memiliki bakat seni lukis daripada ayahanda, hasil seni baginda pernah beberapa kali menjadi hiasan buku-buku cenderamata.

7-Ketika umur baginda 23 tahun, baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor. Istiadat akad nikah pasangan diraja ini berlangsung di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 22 September 1982 manakala persandingan pula berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Perak pada 12 September 1983 dan Majlis Persandingan di Johor Bahru pada 19-20 September 1983.

Baca juga: ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’, ramai berlinang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Baca juga: 10 fakta menarik Sultan Johor, Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17

8-Hasil perkahwinan itu, pasangan diraja ini dikurniakan enam orang cahaya mata yang terdiri daripada enam orang putera dan seorang puteri.

9-Sepanjang berkahwin Sultan Ibrahim, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah. Selepas pemahsyuran Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor pada Januari 2010, baginda menggunakan gelaran sebagai Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri langsung kepada Sultan Perak, baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.

10-Raja Zarith Sofiah juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selain Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan ialah bertindak selaku penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia, penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia, penaung Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!