'Jika manusia, dah lama ‘dia’ saman fitnah.' Mitos santan punca kolesterol, Dr Malar kongsi penjelasan

Iklan
Featured image (82)

SEJAK dari dahulu lagi, ramai yang menyebarkan fahaman bahawa pengambilan santan boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

Situasi tersebut menyebabkan ada antara kita yang takut untuk menjamah hidangan berasaskan bahan mentah tersebut.

Iklan
Iklan

Malah, dietitian di klinik-klinik kesihatan juga melarang berbuat demikian.

Sebenarnya, betul atau tidak santan mempunyai kolesterol yang tinggi?

Iklan

Melalui satu video yang dimuat naik di Instagram, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan menjawab persoalan tersebut.

Iklan

Kata pempengaruh media sosial itu, sejak berkurun-kurun dahulu lagi santan sering dianggap penyebab kolesterol tinggi.

Baca juga: Cara simpan lebihan santan kotak agar tak basi

"Pandangan saya, jika santan itu manusia, dah lama dah saman kita semua sebab ‘dia’ kena fitnah.

"Saya ingin membuat pengakuan bagi pihak santan di sini.

"Santan tidak ada  kolesterol kerana semua makanan berasaskan tumbuhan tiada kolesterol.

"Santan datang daripada pokok, kan? Pokok tu tumbuh-tumbuhan, kan? Jadi ia tiada kolesterol ya,” kata beliau menerusi petikan klip video sebuah program bual bicara.

Baca juga: Kontroversi santan: Benarkah ia sebabkan perut buncit, tingkatkan kolestrol dan picu penyakit kronik? Ini penjelasannya

Menerusi video berasingan pula, beliau yang sering memberi penjelasan kepada netizen berkenaan hal-hal kesihatan turut memperincikan pandangan tersebut.

Entri tersebut dimuat naik bagi menjawab persoalan seorang pengguna yang mengatakan dirinya disarankan oleh dietitian supaya tidak mengambil makanan bersantan dan lemak.

"Dalam santan memang tiada kolesterol. Itu fakta.

"Tapi ingat, santan ada lemak tepu dan jika diambil dalam kadar yang berlebihan boleh menyebabkan penghasilan kolesterol yang berlebihan oleh badan kita sendiri,” katanya.

 

Tegas beliau, kolesterol terhasil daripada tubuh kita sendiri dan bukannya makanan.

Baca juga:Jangan buang santan basi. Jadikan minyak kelapa homemade, boleh guna untuk lembapkan & atasi masalah kulit sensitif!

KANDUNGAN LEMAK TEPU

Jadi apa yang menyebabkan penghasilan kolesterol dalam badan kita?

Jelasnya lagi, terdapat banyak sebab tubuh menghasilkan kolesterol tinggi.

Salah satunya ia berpunca daripada makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan trans fat seperti burger, nuget, sosej dan makanan yang diproses lain.

Sebagai contoh, mentega, keju, cookies, pastri, aiskrim dan makanan bergoreng seperti kentang serta ayam goreng merupakan antara makanan yang tinggi kandungan lemak tepu.

Begitu juga dengan santan.

Baca juga: Teknik simpan santan tahan lama, kekal pekat & segar dalam peti sejuk. Keluarkan boleh terus guna!

Pun begitu, kata doktor aktivis itu lagi, adalah tidak menjadi kesalahan kalau sekali sekala mengambil makanan seperti nasi lemak, kari bersantan, rendang dan masak lemak cili api.

Apa yang penting adalah mengurangkan kalori dan jumlah lemak tepu secara keseluruhan.

"Lemak tepu hanya disaran diambil kurang 10 peratus daripada pengambilan keseluruhan kalori seharian kita.

"Jadi, jika ambil 2,000 kalori dalam sehari, 200 sahaja daripada lemak tepu,” ujarnya.

Jumlah tersebut hendaklah termasuk semua makanan tidak kira santan, burger atau keju.

Selain daripada itu, ujar Dr Malar, stres juga menyumbang kepada penghasilan kolesterol.

Sesetengah orang pula memang mempunyai genetik penghasilan kolesterol yang tinggi dipanggil sebagai familial hypercholesterolemia.

Golongan tersebut memiliki aras kolesterol lebih tinggi berbanding orang lain meskipun mereka tidak mengambil hidangan terkandung lemak tepu.

Oleh sebab itu, kata beliau, individu tersebut perlu dapatkan bantuan ubat bagi mengelakkan risiko strok dan penyakit jantung.

Sebaiknya, amalkan gaya permakanan yang sihat dan elakkan makanan proses.

Tidak cukup dengan itu, SinarPlus cadangkan supaya praktiskan juga cara hidup yang aktif.

Bersenam jangan lupa ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang