SEBAK! Demikian perasaan yang diluahkan pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang tampil mengenakan hijab baru-baru ini.
Ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui perubahan itu sukar namun selepas melalui kejadian ‘menakjubkan’ membuatkan beliau nekad menjadi insan yang lebih baik.
"Sebenarnya yang berlaku ketika hujan itu antara asbab (bertudung) dan firasat saya mengatakan ALLAH mendengar permintaan kami.
"Apa yang terjadi itu membuatkan terdetik dekat hati ini (berubah). Tambahan niat untuk mengerjakan umrah, ada saja rezeki yang masuk. Tertanya-tanya kenapa senang sangat (duit masuk).
"Bila kita minta tolong dan berdoa dimakbulkan. Saya call suami cerita semua perkara, dia pun cakp tiba masa untuk berubah.
"Itu juga sebab kenapa saya cakap bulan Rejab ini ‘something else’,” katanya menerusi Instagram Story.
Baca juga:Tarikh pertabalan simpan kenangan sedih, Raja Zarith Sofiah imbau kemangkatan ayahanda 40 tahun lalu
Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah sebelum itu berkongsikan pengalaman dirinya bersama rakan dan juga isteri kepada Shukri Yahaya, Tya Adnan.
Katanya, mereka berdua mahu ke sebuah kedai namun disebabkan hujan lebat, mereka terperangkap di dalam kereta.
"Biasalah dalam kereta hujan lebat, akan bunyi bising. Nak keluar tak boleh, kasihan Tya sebab baju berat.
"Tetapi secara tiba-tiba dekat kenderaan kami, hujan berhenti, saya cuma niat ketika itu ‘Ya ALLAH macam mana nak keluar kereta, hujan’.
"Kami pandang antara satu sama lain, keluar kereta pergi ke kedai dan dua-dua terkejut dengan situasi itu sedangkan kereta suami saya masih renyai-renyai,” katanya.
Baca juga:2 tahun berkahwin, Youtuber Ria Ricis fail cerai, tuntut nafkah & hak penjagaan anak
Tambahnya, orang dalam kenderaan lain pun hairan kerana mereka berdua keluar dalam keadaan cuaca tidak lagi hujan.
"Namun ketika kembali semula ke dalam kereta, hujan turun semula,” ujarnya dengan linangan air mata.
Norreen turut memaklumkan sudah mula untuk memadam segala gambar dan video dirinya yang tidak berhijab di media sosial.
"Daripada lebih 2,000 gambar, kini hanya tinggal dalam 300 gambar sahaja yang tidak bertudung.
"Terlalu banyak kenangan dan memori. Saya dan Razzi, anak-anak serta rakan-rakan tapi tak apalah, simpan sahaja di dalam hati. Saya menangis sewaktu memadam semua gambar itu sebab rindu tapi tiada penyesalan,” katanya.
Dengan perasaan sebak, beliau menyatakan untuk ‘melepaskan’ pakaian yang digunakan sebelum berhijab.
Beliau juga menegaskan walaupun berubah dari segi penampilan namun dirinya tetap sama.
"Saya masih yang sama cuma siapa tak nak jadi individu yang lebih baik untuk masa depan.
"Jadi apa yang perlu dilakukan, kena kurang cara percakapan saya yang sinonim dengan ayat kasar,” katanya.
Alhamdulillah, semoga Norreen terus istiqamah dan kisah ini menjadi tauladan kepada semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!