YOUTUBER terkenal Indonesia Ria Ricis sering menjadi sorotan media gara-gara popularitinya. Memiliki 42.5 juta langganan, digital creator itu kini berhadapan masalah rumah tangga.

Retak menanti belah, Ricis dikatakan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Teuku Ryan walaupun rumah tangga yang dibina baru sahaja mencecah dua tahun.

Memetik laporan dari CNN Indonesia, adik kepada pendakwah, Ustazah Dr Oki Setiana
Dewi itu telah membuat permohonan perceraian melalui sistem atas talian yang dikenali sebagai e-court di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 30 Januari lalu.

Ricis turut menuntut hak penjagaan anak dan nafkah untuk anak perempuannya.

Baca juga: [VIDEO] Jaga aurat adik, Oki Setiana Dewi spontan naik ke pelamin betulkan gaun raih pujian warga maya

Baca juga: Ustazah Oki mengaku tak pandai goreng telur dadar, ini reaksi warga maya!

Baca juga: Bapa Oki Setiana Dewi meninggal dunia dalam tidur

Ricis dengan Teuku Ryan nama sebenarnya Teuku Rushariandi difahamkan sudah setahun tidak tinggal sebumbung. Malah kedua-duanya tidak lagi memuat naik perkongsian di media sosial bersama sejak penghujung tahun 2023.

Pasangan itu terdahulu melangsungkan perkahwinan pada 12 November 2021. Majlis yang berlangsung Hotel InterContinental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan itu menelan belanja mencecah jutaan ringgit.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, Ricis dan Teuku Ryan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cut Raifa Aramoana yang berusia 18 bulan.

Sumber: CNN Indonesia

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!