DI sebalik tarikh pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari yang menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan semalam, rupanya tarikh yang sama membawa kenangan sedih bagi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua tidak melupakan tarikh 31 Jan 1984 yang merupakan tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II.

Baca juga: Graduan universiti terkemuka Oxford, fasih berbahasa Mandarin, Perancis & Itali, 10 fakta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

Baca juga: [15 FOTO] Kini berusia 11 tahun, kemunculan Raja Nazira Safya mengiringi ayahanda raih perhatian warganet

“Pada 31 Jan 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lepas.

“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya.

“Saya sedih Ayahanda tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya. Al-Fatihah.” titah Raja Permaisuri Agong dalam hantaran itu.

Baca juga: [20 FOTO] Daulat Tuanku! Sultan Ibrahim rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17

Raja Zarith Sofiah diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak merupakan anakanda ketiga kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Perak, Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Datuk Sri Ariff Shah.

Iklan

Baginda berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada 22 September 1982 dan dikurniakan lima putera dan seorang puteri.

Baca juga: 10 fakta menarik Sultan Johor, Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17

Baca juga: ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’ ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!