BENAR jangkaan ramai, produk terbaru Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi akhirnya habis dijual dalam tempoh yang singkat iaitu tiga minit 39 saat.
Ia sekali gus mencipta rekod baharu apabila beliau berjaya mendapat hasil jualan RM1.2 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.
Usai jualan bersejarah pada malam tadi Khairul Aming menerusi TikTok Live menzahirkan rasa tidak percaya kerana 80,000 paket produk tersebut terjual dalam tempoh yang singkat.
Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan itu meluahkan rasa syukur kerana beliau dan pasukannya bekerja keras selama setahun untuk mengeluarkan produk tersebut
Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan stafnya yang turut menyumbang kepada kejayaannya itu.
Baca juga: Inspirasi anak muda! Khairul Aming hanya ada kereta Bezza, tiada aset rumah & loan
"Terima kasih guys," titipnya.
Difahamkan untuk jualan sempena perasmian Dendeng Nyet Berapi, seorang pelanggan hanya boleh membeli enam paket sahaja.
Walaupun kuantiti pembelian sudah dikawal, masih ramai yang tidak sempat membeli dan meminta agar Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menjual lagi makanan berasaskan daging itu dalam tempoh waktu yang terdekat.
Khairul Aming bagaimanapun menjelaskan pihaknya perlu menyelesaikan penghantaran 80,000 paket dendeng berkenaan terlebih dahulu dan jualan yang seterusnya akan dibuka selepas Tahun Baharu Cina.
Pempengaruh kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu terdahulu mencipta populariti menerusi video, 30 Hari 30 Resipi yang memberi idea memasak pada bulan Ramadan.
Beliau yang merupakan bekas jurutera dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Vanderbilt University, Amerika Syarikat (US) sebelum ini pernah memenangi gelaran Pencipta Kandungan Tahun Ini dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.
Selebriti dan warga maya meluahkan rasa bangga melihat pencapaian anak muda Melayu ini.
-"Tahniah nak. Tok Abah bangga Malaysia ada anak muda seperti kamu." - Datuk Dr Fadzilah Kamsah
-"Terbaik." - ctdk
-"Moga dapat terus berkembang dan muncul sebagai empayar perniagaan Muslim termaju. Ramai anak watan dapat menumpang rezeki di bawah sayap yang teguh. Amin."- Fedtri Yahya
-"Subhanallah."- Zulin Aziz
-"Masya-ALLAH." Wawa Zainal.
-"Kenapa aku pulak rasa goosebump, excited lain mcm. Seronok tengok anak Melayu berjaya macam ni."
-"Subhanallah very inspired. congrats KA!!"
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!