Sedihnya, bapa meninggal beberapa minit sebelum naik pentas graduasi, kanak-kanak tahan sebak runtun hati warganet

Iklan
Sedihnya, bapa meninggal beberapa minit sebelum naik pentas graduasi, kanak-kanak tahan sebak runtun hati warganet (1)

MENERIMA khabar duka bapa meninggal dunia beberapa minit sebelum menerima sijil pada majlis graduasi, kanak-kanak lelaki sebak menaiki pentas meruntun hati warga maya.

Majlis graduasi Majlis Anugerah Prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu lalu menjadi hiba apabila selepas dimaklumkan bapa kanak-kanak itu meninggal dunia selepas diserang strok sehari sebelum itu.

Iklan
Iklan

Kisah menyedihkan anak kecil itu berkenaan menjadi tular di laman sosial TikTok selepas dikongsi guru dikenali sebagai Cikgu Yaya.

Momen kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Afnan Hafiz Sanusi itu menyimpan duka. Wajahnya yang sugul sejurus sebelum naik ke pentas menyentuh hati warga maya.

Iklan

Baca juga: Sedihnya! Bapa meninggal 15 minit sebelum naik pentas konvo, gadis gagahkan diri menangis terima skrol

Baca juga:'Sabarlah adik Aliah.' Calon SPM hilang ibu saat peperiksaan runtun hati warga maya, kemalangan tragis ragut nyawa

Iklan

Bagi mempermudah urusan kanak-kanak berkenaan, giliran naik ke pentas dipercepatkan.

"Kuatnya anak murid cikgu. Beberapa minit sebelum majlis bermula, dapat berita ayah awak baru meninggal dunia.

Dalam pada itu. warganet yang tidak henti mendoakan yang terbaik buat kanak-kanak itu.

-"Ya ALLAH kurniakanlah anak ini kelembutan. Moga ALLAH sihatkan diri ini untuk melihat anak-anak berjaya. Setelah kematian suami, saya tulang belakang anak-anak."

-"Ya ALLAH mengalir air mata aku. Semoga anak ini bertabah menempuhi hari-hari mendatang. Belajar bersungguh-sungguh dik, kuat semangat untuk melangkah ke depan. Jaga ibumu."

-"Part of being a teacher, kena kawal emosi budak. But for this situation boleh rasa yang saya sebagai teacher pun memang menangis."

Baca juga: Ibu masuk wad, cuti hanya 2 hari, anak ini nekad naik motor 290km dari Kulim ke Pasir Mas runtun hati warganet

-"Akak pun bapa meninggal masa Hari Kecemerlangan Darjah Dua. Dan pada tarikh itu juga bapak meninggal dunia. Akak doakan adik tabah dan kuat."

-"His face make me cry."

-"Ya ALLAH jadikan anak ini sebagai anak soleh dan pembela agama, bangsa dan keluarga."

Untuk rekod, Muhammad Afnan merupakan pelajar PASTI Al Ihsaniah dan pernah menerima gelaran Tokoh Murid Pasti Kawasan Pasir Mas pada tahun lalu.

Sumber: TikTok Dyazzz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!