TATKALA rakan sibuk menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, gadis ini diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Calon SPM yang dikenali sebagai Aliah menangis apabila mendapat berita ibu disayangi meninggal dunia ketika beliau menjalani peperiksaan tersebut.

Perkongsian daripada aktivis pengurusan jenazah, Mohd Azwan Azlan atau lebih dikenali sebagai Mr Wan Chai menerusi laman sosial TikTok.

Memetik hantaran berkenaan, gadis itu yang dalam kesedihan dan sayu ditenangkan oleh rakan-rakan di sebuah masjid.

Kongsi Mohd Azwan, ibu pelajar berkenaan bernama Norhazura Othman, 55, dalam satu kemalangan.

“Allahyarham Nor Hazura dilanggar lori sewaktu motosikal yang ditunggang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Yadi, Teluk Pulai, Klang,” jelasnya.

Baca juga: Gigih jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

Baca juga: Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

Baca juga: Anak yatim piatu 11A SPM terima lebih 10 tawaran pengajian & biasiswa, rezeki mencurah berbakti kepada ibu sakit

Portal berita tempatan melaporkan  motosikal ditunggang Nor Hazura bergesel dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an. Wanita itu kemudian terjatuh sebelum digilis.

“Dalam kejadian 9.15 pagi tadi, arwah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Klang.

“Beliau mempunyai pesakit kencing manis dan sering berulang-alik ke hospital dengan motosikal,” kongsi Azwan sambil memberitahu arwah merupakan ibu tunggal kepada empat cahaya mata.

Dalam pada itu, beliau sempat menitipkan pesan buat Aliah supaya terus kuat bersemangat menempuhi dugaan kala menghadapi peperiksaan.

“Jadikan kematian ibu sebagai satu semangat untuk berjaya dalam SPM. Itu pesanan saya untuk Aliah.

“Saya beri kata-kata semangat dalam keadaan tangannya menggigil. Jelas Aliah masih terkejut dengan pemergian ibunda tercinta.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarham selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Batu 4 Kapar, Klang,” katanya.

Baca juga: Sedihnya! Bapa meninggal 15 minit sebelum naik pentas konvo, gadis gagahkan diri menangis terima skrol

Baca juga: Sebulan buat persediaan, ibu meninggal dunia sehari selepas sambut ulang tahun kelahiran anak kali pertama cetus sebak ramai

Baca juga: ‘Rehatlah sayang’ -Ibu reda anak ditunggu 4 tahun ‘pergi’, catatannya menyentuh hati warganet

Iklan

Warga maya menitipkan semangat buat pelajar itu agar terus tabah. Tidak kurang yang mengimbau kenangan menghadapi situasi sama ketika menghadapi peperiksaan penting.

– “Kami doakan untuk adik Aliah. Sungguh kamu kuat, ALLAH datangkan ujian. Kami semua doakan kamu tenang ya.”

– “Kakak doakan Aliah ditiupkan ketenangan dalam hati dan jiwa. Adik Aliah hebat. Kerana ujian hebat diberikan kepada insan yang hebat. Jadi anak solehah. Nanti dapat bertemu di Syurga Allah. Be strong sayang.”

– “Semoga adik Aliah kuat dan tabah, jadikan kehilangan ibunda sebagai pembakar semangat dalam mengghadapi SPM 2023.”

– “Situasi ini saya telah lalui 16 tahun lalu. Arwah sempat pesan: ”Jawab periksa elok-elok Ude. Ilmu itu harta, kita orang susah.”

– “Macam saya, mak tinggal time SPM yang mana waktu itu hanya mak tempat bergantung. Abah meninggal semasa saya tujuh tahun.”

– “Saya dulu pagi abah meninggal dunia petang exam Al-Quran dan Sunnah. Jawab bertemankan air mata, pengawas peperiksaan siap lapkan air mata.”

Iklan
Motosikal ditunggang arwah. (Tangkap layar Berita Terkini TV3)

Difahamkan kemalangan maut berkenaaan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk rekod, peperiksaan bertulis SPM 2023 berlangsung dari 30 Januari hingga 7 Mac melibatkan seramai 395,870 calon dari seluruh negara.

Sumber: Tiktok dan Instagram mr_wan_cai_official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!