MENERIMA khabar duka bapa meninggal dunia 15 minit sebelum terima skrol pada majls konvoksyen, seorang gadis terpaksa terpaksa menggagahkan diri menaiki pentas meruntun hati warga maya.

Kegembiraan graduan Haslina Kalang, 23, untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila selepas menerima panggilan dari jiran memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-15.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) itu berkata beliau sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mengalami angin ahmar.

Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

“Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah”

“Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol,” katanya yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.

Biarpun tidak dapat berada di samping bapa ketika saat-saat akhir, gadis itu reda dengan kehilangan lelaki itu.

Baca juga: Abang sanggup berhenti sekolah bekerja sara keluarga, aksi gadis sarungkan jubah konvo undang sebak warga maya

Malah katanya, selepas tamat belajar beliau memilih untuk tidak bekerja kerana ingin mencurahkan bakti menjaga ayahnya sepenuh masa di rumah mereka di Tawau, Sabah.

“Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya reda dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya.

Haslina tiba di Terengganu dua hari lalu dan ditemani kakak sulung yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini.

Suasana hiba menyelubungi pentas konvokesyen. Beberapa keping foto dikongsikan Facebook rasmi UniSZA memaparkan gadis berkenaan tidak dapat menahan sebak menangis dan ditenangkan para dif kehormat, pegawai tinggi akademik dan bukan akademik.

Baca juga: Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo

Simpati dengan pemergian bapa tersayang, pihak UniSZA telah menyalurkan sumbangan wang tunai RM2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini.

Iklan

Warga maya menitipkan ucapan takziah buat Haslina dan kakaknya serta mendoakan agar segala urusan keluarga mereka dipermudahkan.

– “Insya-ALLAH you are stronger than you think. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.”

– “Allahuakbar, sedih anak ini dirasakan. Be strong Doa indah-indah buat almarhum ayahanda di negeri abadi.”

– “Takziah..dan terima kasih kepada pihak pengurusan UnisZA kerana membantu.

– “Innalillah. Salam takziah sister. Semoga doa anak yang solehah ini sampai kepadanya. Semoga ALLAH mengampuninya mengangkat darjat Allahyarham bersama yang muttaqin.”

Iklan

Baca juga: 2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini

Sumber: Universiti Sultan Zainal Abidin – FB Rasmi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!