Mantan Perdana Menteri Ismail Sabri kini bergelar siswa di usia 64 tahun, pilih pengurusan Covid-19 untuk Phd

Iklan
Mantan Perdana Menteri Ismail Sabri kini bergelar siswa di usia 64 tahun, pilih pengurusan Covid-19 untuk Phd (2)

MANTAN Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Bera itu memuat naik sekeping gambar kad pelajar universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

Menerusi kapsyennya, beliau mengakui tidak menjangka bergelar pelajar dan melanjutkan pengajian semula pada usia berusia 64 tahun.

Iklan

Baca juga: Lebih setahun kosong, Ismail Sabri dilantik TPM. Ini portfolio beliau…

Iklan

Baca juga: [VIDEO]'8221;Alahai comelnya tengok atuk dan cucu ni' Gelagat Ismail Sabri mencuit hati

Baca juga: Warga net puji baju batik moden kontemporari Ismail Sabri

Baca juga: Kemeja batik Ismail Sabri jadi kuih-muih

Baca juga: "Saya dah tutup pintu depan, tapi …”- luahan Ismail Sabri bersama emoji raih perhatian warganet

Baca juga: 'Biar tak berkuasa jangan tak berprinsip' 5 fakta menarik Nina Ismail Sabri paling diingati

Merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan, ahli parlimen Bera itu membentangkan cadangan ‘research’ untuk PhD Tesis berjudul Pembentukan Model Polisi Respons Mendepani Pandemik Covid-19 di Malaysia.

Hantaran ringkas berkenaan menerima lebih 11,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada warga maya.

Kebanyakannya teruja dan menzahirkan tahniah di samping menitipkan doa agar pembelajaran bekas Perdana Menteri ke-9 itu dipermudahkan.

-"Semoga dipermudahkan Datuk Seri."

-"Hebat Datuk, tiba-tiba rasa bersemangat untuk sambung belajar semula."

-"Congratulations Datuk. All the best. May your dreams come through."

-"Hidup adalah pembelajaran tanpa henti, salute."

-"Tuntutlah ilmu sampai bila-bila, selagi mampu.'

Ismail terdahulu menjawat potfolio Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) dan Timbalan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada tahun 2022.

Beliau memiliki Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya dan pernah bertugas sebagai peguam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!