[DIKEMASKINI] LULUH hati isteri apabila hanya mampu melihat suaminya dihanyutkan arus deras ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu.
Tiada siapa menduga kunjungan mereka sekeluarga ke negeri itu bertukar duka.
Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata beliau bersama suami serta dua anak perempuan berusia sembilan dan 11 tahun tiba di Kuala Terengganu Jumaat lepas untuk bercuti.
Nora Elina yang merupakan seorang suri rumah berkata mereka mengambil kesempatan meluangkan masa berkelah di tepi Pantai Batu Buruk pagi tadi sebelum pulang ke Kuala Lumpur tengah hari esok.
Bagaimanapun ketika asyik bermain pasir bersama anaknya, beliau mendapati suaminya sudah tiada di kawasan sekitar pantai.
Baca juga: Jaga-jaga, musim tengkujuh hingga Mac 2024, 10 info perlu tahu hadapi banjir
DIKHUATIRI LEMAS
Lelaki berkenaan, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, berasal dari Kuala Lumpur dikhuatiri lemas kira-kira 11.20 pagi.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Yusmizan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.31 pagi daripada pihak hotel, tempat mangsa bersama keluarga menginap.
Beliau berkata mangsa hilang selepas dihanyutkan ombak ketika bersiar-siar di tepi pantai.
"Seramai 13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan lima jentera dari BBP Kuala Terengganu digegaskan ke lokasi kejadian pada 11.32 pagi,” katanya.
Yusmizan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kesukaran susulan keadaan ombak tinggi dan arus deras.
"Usaha pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan pagi tadi gagal menemukan mangsa. Kita akan teruskan pencarian di sekitar 20 meter dari pantai," katanya.
DITEMUI SELEPAS 30 JAM
Dalam perkembangan terbaru, jenazah Zulkarnain ditemui jam 4.00 petang tadi selepas30 jam operasi SAR dijalankan dilakukan hampir 30 jam.
Mayat lelaki itu ditemui nelayan berhampiran Pulau Kapas, kira-kira 16 kilometer dari lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi proses pengecaman serta bedah siasat.
TIP AKTIVITI SEMASA MONSUN TIMUR LAUT
1-Semasa musim Monsun Timur Laut yang bermula November sehingga Mac, orang ramai perlu mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti air.
2-Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti riadah dan rekreasi di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian kepala air.
3-Antaranya aktiviti bermandi-manda di kawasan air terjun dan sungai juga perlu dielakkan bagi mengekang kehilangan nyawa akibat kepala air.
4-Masyarakat juga disaran agar tidak mengadakan aktiviti perkhemahan dan pendakian.
5-Elakkan pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.
Sumber: Bernama, Met Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!