PILU hati menerima berita perkembangan misi mencari dan menyelamat suami tersayang, isteri mangsa lemas Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Nora Elina Abdul Khalit melafazkan syukur akhirnya jasad lelaki itu ditemui.

Mayat lelaki yang ditemukan pada 4 petang di perairan Pulau Kapas Marang telah disahkan sebagai Zulkarnain Mohamed Zubir, 44 tahun.

Pengesahan dilakukan isterinya kira-kira 6.30 petang tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Ketika ditemui pemberita, wanita itu menzahirkan kesyukuran jenazah suami tersayang akhirnya ditemukan.

Baca juga:‘Lempar pelampung dan berenang tetapi…’ Isteri luluh lihat suami hanyut depan mata, berikut kronologi kejadian

Baca juga: Tragedi kepala air, sebaknya lelaki pengsan beberapa kali hilang isteri 3 anak sekelip mata, berikut kronologi kejadian menyayat hati

“Alhamdulillah, saya sangat-sangat berdoa kepada ALLAH SWT agar dapat bertemu dengan jenazah supaya boleh dikebumikan.

“Terima kasih banyak-banyak atas kerja keras semua pasukan yang membantu dan doa yang tidak putus-putus daripada semua orang,” ujarnya.

Tenang menjawab soalan yang diajukan media, Nora Elina sesekali dilihat sebak saat mendoakan agar suaminya dikurniakan kematian syahid.

Baca juga: Jaga-jaga, musim tengkujuh hingga Mac 2024, 10 info perlu tahu hadapi banjir

Baca juga: Waspada kepala air di jeram & sungai berlaku sekelip mata, jangan leka beraktivti, 20 panduan elak jadi mangsa

“Alhamdulillah ALLAH Taala Ya WAHAB menggunakan keajaiban dapat temu dalam tempoh 24 jam. Alhamdulillah dengan bantuan semua, subhanallah.

“Saya berterima kasih kepada semua. Alhamdulillah sekadang ada jasad untuk dikebumikan.

“Doakan agar arwah syahid, Insya-ALLAH. Idaman setiap Muslim, masuk syurga tanpa hisab. Rezekinya Alhamdulillah, terima kasih ALLAH,” ujarnya sebak.

Baca juga: Pendaki gunung sesak nafas meninggal dunia, sempat masak stok lauk untuk keluarga. 10 info anda perlu tahu elak kematian ketika mendaki

Warga maya menitipkan ucapan takziah dan mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudahkan. Malah ketenangan wanita berusia 44 tahun itu memberikan keterangan kepada media menjentik hati warganet.

– “Moga diberikan kekuatan dan ketenangan buat isteri dan anak-anak mangsa.”

– “Kuatnya dia.”

Iklan

– “Bukan calang-calang orang, seorang yang kuat dan tabah.”

– “Takziah buat keluarga ini, Ya ALLAH sangat tenang kuatnya kamu.”

Terdahulu mayat Zulkarnain ditemukan kira-kira 16 kilometer dari lokasi ditarik ombak.

Baca juga: Suami meninggal, ini yang WAJIB isteri tahu tentang peninggalan harta arwah

Kejadian pada 11.20 pagi itu berlaku selepas arwah dikatakan bersiar-siar di pesisir pantai Batu Buruk bersama isteri dan dua anak mereka yang berumur sembilan dan 11 tahun.

Iklan

Mangsa dan keluarga yang berasal dari Kuala Lumpur berkunjung ke Terengganu buat kali pertama untuk bercuti dan urusan perniagaan.

Sumber: Berita RTM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!