'SEBENARNYA Uqasha tak kisah boy atau girl, asalkan sihat tubuh badan, cukup segalanya insya-ALLAH. Sikit lagi okay."
Demikian kongsi pelakon Uqasha Senrose bahawa beliau tidak meletakkan sasaran jantina bayi yang akan dilahirkannya kelak.
Berkongsi tentang bayi dalam kandungannya usai majlis doa selamat dan acara umum jantina anak, apa yang dimahukan pelakon Uqasha cukup sekadar zuriatnya kelak berada dalam keadaan sihat dan sempurna.
Baca juga: ‘Anak rezeki yang paling besar.’ Dua kali keguguran, Uqasha Senrose kongsi berita bakal bergelar ibu
Seperti semua bakal ibu, Uqasha juga teruja menyambut kelahiran anak pertama selepas dua tahun berumah tangga. Sejak awal lagi tidak mahu mengetahui jantina bayi, beliau dan suami menyerahkan jantina bayi kepada perancang majlis.
"Our first baby and of course dari awal tidak mahu mengetahui gender kerana hendak sama-sama teka dengan family.
"Malah every month buat check up, gatal sangat ingin tahu gender tapi kena sabar," kongsinya.
Tidak berkongsi jantina bayinya kepada umum, Uqasha berkata perkara itu memudahkan beliau dan suami membuat persediaan menyambut kelahiran tidak lama lagi.
"Alhamdulilah selesai sudah majlis doa selamat dan sudah tahu baby girl atau boy. So senang nak pilih nama, baju dan sebagainya. Yes bulat kan saya? kongsinya.
Biarpun tidak mendedahkannya kepada umum, warga maya mula meneka jantina bayi pelakon kesayangan mereka. Malah ramai yang memuji berserinya wajah Uqasha yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Baca juga: ‘Mungkin bukan rezeki lagi.’ Uqasha sebak kongsi diuji 2 kali keguguran, 6 info wanita perlu tahu
Baca juga: Berangkat tunai umrah, Kamal, Uqasha berhajat buat solat hajat untuk mangsa banjir
-"Nampak kertas pink banyak dekat lantai tu, yeayyy baby girl."
-"I guess baby girl! Mesti lawa cam mommy dia."
-"Kalau tengok perut tu macam lebar. Saya pun lebih kurang perut gitu masa mengandung anak perempuan tiga orang."
-"So beautiful mom to be ni, berseri-seri."
-"Saya teka girl, nanti cantik macam ibunya."
Dalam pada itu, Uqasha menerusi entri lain berkongsi melalui pemeriksaan pranatal dan prosedur yang ditakuti para ibu iaitu ujian Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau lebih dikenali sebagai ujian air gula.
"Thank you Dr buat check up untuk Uqasha setiap bulan. Last week baru selesai minum air gula, pengalaman pertama mula-mula minum okay tapi ketika hendak habiskan kembang tekak jugalah.
"Nasib baik air gula di klinik dia ada flavour stawberry so boleh tela. Lepas tu puasa sambung puasa dua jam baru ambil darah dan suntikan kancing gigi," kongsinya.
Uqasha terdahulu pernah mengalami dua kali keguguran pada 2022. Beliau berkongsi berita kehamilannya kepada umum pada Januari lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!