Berangkat tunai umrah, Kamal, Uqasha berhajat buat solat hajat untuk mangsa banjir

UQASHA-KAMAL
UQASHA-KAMAL
A
A
A

PASANGAN romantis, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Khamis.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagram masing-masing, Kamal dan Uqasha turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pihak dan berharap mendapat umrah yang mabrur.

“Bismillahirahmanirrahim… Saya dan isteri akan berangat menunaikan ibadah umrah. Kami ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tersinggung.

“Doakan kami mendapat umrah yang mabrur,” ujarnya menerusi sepotong video pendek.

Celah Uqasha, mereka berhajat untuk melakukan solat hajat bagi mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Sama macam Kamal, kalau saya ada yang buat salah, minta maaf hujung rambut hingga hujung kaki.

“Insya-ALLAH, kami akan buat solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir di sana nanti,” katanya.

Pemergian pasangan ini ke Tanah Suci Makkah menjadi saat bermakna buat Uqasha yang pergi buat kali ketiga, manakala Kamal pula baru kali menjejakkan kaki ke sana.

Sebelum ini, Kamal dan Uqasha yang disatukan pada 5 November lalu memaklumkan memilih Makkah sebagai lokasi pra bulan madu, selain mahu bersama-sama menunaikan ibadah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca