PELAKON Natasha Hudson sering berkongsi video yang memaparkan aktiviti luncur air. Biarpun kini sedang sarat hamil anak keempat, aktres kacukan Melayu-Australia itu tetap aktif.

Sedang hamil 21 minggu, pemilik nama Natasha Liana Hudson itu tidak berhenti melakukan aktiviti kegemarannya. Malah di saat kandungan semakin membesar, beliau kembali memburu ombak dengan papan luncur.

“Pada trimester kedua kehamilan dan saya kembali meluncur air. Ibu hamil perlu menyediakan dirinya untuk kuat.

“Memang janggal untuk meluncur dengan perut yang membesar tetapi saya cuba melakukan dengan baik. Saya meletakkan semua tekanan pada dada saya lebih daripada perut saya. Dan kadang-kadang mendayung dengan lutut saya.

Baca juga: Kembali bergelar isteri, Natasha Hudson terharu doa orang ramai

Baca juga: ‘Powernya!’ – Hamil 28 minggu, wanita ungguli sukan lasak berhalangan raih perhatian warganet

“Ia sangat terapeutik dan santai. Saya sangat aktif pada kehamilan tiga anak sebelum ini dan masih akan bersama keempat ini. Saya mahu kekal kuat dan cergas sehingga bersalin,” ujarnya di Instagram.

Baca juga: Tinggalkan kisah lalu, Natasha Hudson kembali ke pangkuan industri

Baca juga: Hamil pada lewat usia, ini risiko kesihatan yang perlu ibu dan bayi tanggung

Biarpun sering meluncur di bawah pancaran sinar mentari dan meniti usia 40-an, kecantikan semula jadi suri hati Jay Jasmin itu terserlah.

Tampil tanpa sebarang solekan atau riasan tipis, Natasha sering menjadi inspirasi wanita. Malah beliau berjaya mengekalkan berat badan ideal bagi wanita hamil dengan amalan bersenam.

Baca juga: BCL bimbang risiko hamil 40-an, enggan miliki anak dengan suami baharu Tiko Aryawardhana

Ujar mereka:

– “Suka sangat Tasha natural beauty.”

– “Wow..cantiknya seri ibu mengandung.”

Iklan

– “Alhamdulillah tahniah berseri-seri wajah 😍, semoga bahagia.”

– “Congrats Natasha. Semoga kehamilan lancar ampai bby lahir. Mommy semakin cantik dan kekal langsing ya.”

– “Masya-ALLAH, you’re so inspiring!”

– “I love your skin. It’s always so flawless.”

– Preggy pun slim.”

Iklan

Untuk rekod, pelakon filem Chermin ini berkahwin dengan Muhammad Harits Jasmin pada Mac 2023.

Menerusi empat perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga puteri, Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!