Cantik dan kreatif! Wanita ini kongsikan DIY hasilkan tanglung semarakkan kehadiran Ramadan

Iklan
Featured image - 2024-03-06T114824.392

UMAT Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi.

Berbaki enam hari sahaja sebelum kita memasuki bulan mulia tersebut.

Iklan
Iklan

SinarPlus percaya pastinya semua kita tidak sabar, kan…

Bagi menyemarakkan rasa untuk berpuasa dan beribadah, apa kata kali ini kita hias rumah dengan sesuatu yang cantik.

Iklan

Pasti seisi keluarga terutamanya anak-anak lebih bersemangat untuk berpuasa.

Iklan

Justeru, SinarPlus kali ini ingin kongsikan DIY menghasilkan tanglung Ramadan sebagai penghias kediaman.

Idea tersebut adalah hasil perkongsian seorang wanita menggunakan username Sandysleiman1 di TikTok.

 

Baca juga: Bakul sampah lama jangan dibuang. Wanita ini kongsi DIY buat pasu pokok hiasan. Jimat kos dan cantik!

Baca juga: Lelaki ini kongsi DIY pewangi rumah guna dua bahan jer. Bau harum, kos pun murah!

Baca juga: Kreatif dan cantik. Wanita ini kongsi DIY hantaran puding laici macam orang dulu-dulu

Dengan menggunakan bahan terpakai dan mudah untuk didapati, hasilnya sangat cantik dan kreatif.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan bahan

Balang kaca

4 penutup balang pelbagai saiz

Gegelung logam

Lilin LED

Bateri

Gam

Glitter

Pen marker

Kertas

Cara penyediaanya:

1.Sediakan sebuah balang kaca dan masukkan kertas bertulis Ramadan. Untuk dekorasi yang lebih cantik, boleh gunakan tulisan jawi.

2.Tulis semula tulisan tersebut pada balang kaca menggunakan maker pen.

3.Kemudian letakkan gam pada tulisan tersebut dan tabur glitter mengikut warna yang dikehendaki.

4.Bersihkan lebihan glitter dan keluarkan kertas daripada dalam balang.

5.Seterusnya, letakkan lilin LED di atas sebuah penutup balang dan tutup menggunakan balang kaca yang telah dihias tadi.

6.Susun tiga lagi penutup balang pada bahagian atas perhiasan tersebut.

7.Letakkan gegelung logam secara menegak sebagai pemegang kepada tanglung yang dihasilkan dan semburkan cat.

8.Hiaskan tanglung Ramadan yang telah siap di sudut rumah.

Selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!