SUDAH sering kita dengar, rumah akan berbau harum jika menggunakan pelembut pakaian sebagai pewangi rumah.

Sudah ramai yang mencuba mencampurkan cecair pewangi itu dengan garam batu dan mengakui kaedah tersebut terbukti berkesan menjadikan kediaman lebih wangi.

Apa yang menarik adalah cara tersebut lebih menjimatkan kerana kos bahan tersebut juga jauh lebih murah berbanding produk pewangi rumah lain.

Seorang pengguna TikTok bagaimanapun telah berkongsi DIY pewangi rumah yang boleh memberikan bau yang jauh lebih enak.

Menerusi video yang telah mendapat lebih 2.2 juta tontonan tersebut, selain pelembut pakaian dan garam, beliau yang menggunakan username, Simba_memory telah menambah kulit kayu manis dan bunga cengkih.

Baca juga: Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan yang dikongsikan lelaki tersebut.

Bahan yang diperlukan:
1.Pelembut pakaian [BELI DI SINI]
2.Garam batu [BELI DI SINI]
3.Cengkih [BELI DI SINI]
4.Kulit kayu manis [BELI DI SINI]

Baca juga: Kreatif dan cantik. Wanita ini kongsi DIY hantaran puding laici macam orang dulu-dulu

Cara penyediaan:
1.Masukkan tiga sudu garam batu ke dalam bekas.
2.Tuangkan satu penutup cecair pelembut pakaian.
3.Kemudian, masukkan beberapa kuntum bunga cengkih.
4.Tambah lagi dua sudu garam batu.
5.Seterusnya, tuangkan lagi satu penutup cecair pelembut pakaian.
6.Bakar hujung batang kulit kayu manis hingga berasap dan cucukkan secara menegak ke dalam campuran bahan tadi.

Iklan

Baca juga: Wanita ini kongsi DIY sabun basuh baju. Bukan je jimat, pakaian pun wangi & tak bau kepam

Nampaknya mudah sahaja hendak dibuat. Boleh la letakkan di sudut rumah masing-masing.

Iklan

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!