SELEBRITI Zizan Razak memberi kejutan manis buat ibu tersayang, Anai Ibrahim dengan menghadiahkan permaisuri hatinya itu kereta mewah Mercedes Benz GLC300.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dan abangnya, Hafiza Razak terdahulu membawa ibu mereka ke pusat pameran kereta jenama mewah itu.
Setibanya di pusat pameran kereta berkenaan, mereka berpura-pura hanya meninjau beberapa buah kenderaan yang dipamerkan sementara menunggu waktu berbuka puasa.
"Kami datang ke sini konon-konon bosan sementara menunggu waktu berbuka puasa.
"Sambil itu buat-buat tengok kereta dan berkenalan dengan jurujual," kata abangnya.
Baca juga: Raya sederhana buat Zizan, Hawa Rizwana
Baca juga: 'Sedekahlah dekat sesiapa'- Amar Asyraf sebak Zizan masuk live beli baju, sambal RM1,000
Baca juga: Kaka Azraff berterima kasih pada Zizan Razak
"Tidak lama kemudian jurujual berkenaan berpura-pura bertanya suka ke kereta Mercedes sebelum bawa kami tengok sebuah kereta jenis GLC300," kongsi
Selepas itu, jurujual berkenaan meminta ibu mereka untuk membacakan beberapa perkataan yang terpapar pada skrin pusat jualan berkenaan.
Baca juga: Skeptikal karya tempatan, Zizan Razak tak salahkan penonton
Ibu Zizan kemudian sebak sebelum menitiskan air mata apabila mengetahui kereta berona hitam itu adalah miliknya kemudian memeluk pelakon itu.
Dalam video yang sama, Hafiza menzahirkan ucapan terima kasih buat Zizan dan menyatakan beliau berbangga dengan pencapaian adiknya itu.
"Masa ni pun sebak lagi, dah berjaya ibu miliki kereta idaman, hadiah daripada Zizan.
"Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami."
"We love you, adik," titip Hafiza.
Menerusi carian SinarPlus, harga kereta berkenaan boleh mencecah RM 378,888.
Video berdurasi 3 minit 11 saat itu tersebut turut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya sebak melihat Zizan dan abangnya yang melakukan kejutan buat ibu mereka.
Warga maya tersentuh dengan perkongsian berkenaan dan mendoakan pelakon, pelawak dan penyanyi itu murah rezeki.
Tidak kurang yang mendoakan jodoh buat Zizan, malah ada yang berpendapat beliau masih membujang kerana mahu membahagiakan keluarga.
-"Alhamdulillah, bahagiakanlah ibumu selagi masih ada."
-"Zizan bahagiakan famili, semoga ALLAH kurniakan pasangan yang solehah."
-"Ank yang soleh, untung ibu bapanya. Kami pun sekali menangis, tumpang gembira. Tahniah ibu Zizan."
-"Dia lambat kahwin pun dia bahagiakan keluarganya."
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!