TIADA apa yang lebih menggembirakan bagi Zizan Razak dan Hawa Rizwana apabila dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Biarpun masing-masing memilih untuk beraya di Kuala Lumpur pada tahun ini, semangat raya tetap tidak berkurang, malah teruja meraikan 1 Syawal.

Zizan yang sebelum ini menjadikan kemestian untuk pulang ke kampung halamannya di Terenganu untuk meraikan Aidilfitri, mengambil langkah berbeza setelah kehilangan arwah neneknya tiga tahun lalu.

“Tahun ini saya, abang dan ibu beraya di Kuala Lumpur sahaja. Bagi saya, raya di mana-mana pun sama sahaja asalkan kita dapat bersama orang yang kita sayang.

“Sebenarnya sejak arwah nenek meninggal, saya jarang balik beraya di kampung. Raya dah jadi lain bila nenek tiada.

“Pernah sekali saya balik rumah nenek, perasaan tiba-tiba jadi sedih sebab teringat kenangan bersama nenek,” katanya yang hanya bercuti raya beberapa hari sahaja sebelum sibuk dengan rangka promosi filem Polis Evo 3.

Raya Sebagai Isteri

Sementara itu, pengacara yang kini turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Hawa Rizwana mengakui hanya membuat persiapan raya serba ringkas sahaja kerana tidak dapat pulang beraya di Langkawi, Kedah pada tahun ini.

“Tahun ni saya dan keluarga beraya di Subang Jaya sahaja kerana abang dan isteri baru sahaja menimang cahaya mata dan tidak dapat berjalan jauh. Insya-ALLAH kalau balik Langkawi pun mungkin pada hujung-hujung Syawal nanti.

Iklan

“Bagaimanapun saya okey sahaja kerana masih lagi tinggal bersama dengan ibu dan bapa di sini. Asalkan dapat beraya bersama mereka, raya tetap bermakna.

“Jadi saya sangat memahami perasaan mereka yang berjuang nak balik raya bersama keluarga di kampung,” ujar pengacara program MeleTOP ini.

Hawa, Zizan serasi bergandingan bersama dalam telefilem Raya Sebagai Isteri.

Dalam pada itu, Hawa dan Zizan bakal tampil dalam telefilem pertama yang menggandingkan mereka berdua, Raya Sebagai isteri yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria sempena Syawal ini.

Iklan

“Ini merupakan lakonan pertama saya dan digandingkan pula dengan Zizan. Gementar dan takut sudah tentu, tetapi alhamdulillah Zizan sebagai abang dan pelakon yang sudah berpengalaman, banyak bantu saya sepanjang penggambaran,” kata Hawa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi