PENUNTUT Diploma Kejururawatan, Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM), Nor Diana Mohd Najib dilaporkan hilang sejak 29 Februari lalu.
Hampir sebulan dilaporkan tidak pulang ke rumah, gadis itu ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
Berita gembira itu terdahulu dikongsi ibunya Maznah Ismail, 44, yang mana Nor Diana didapati tinggal bersama kakak angkatnya yang dikenali sebagai Ika sebelum dijemput polis dan ahli keluarga kira-kira 3.50 pagi 25 Mac.
Baca juga: Kanak-kanak 12 tahun hilang selepas menyamar menjadi gadis 18 tahun di laman web temu janji
Biarpun masih diselubungi pelbagai pertanyaan, ibu itu menzahirkan kesyukuran anak kedua daripada empat adik beradik itu akhirnya berada di dalam pangkuan keluarga.
"Melalui bantuan polis, kami sudah membawa Nor Diana pulang ke rumah anak saudara di Johor dan akan bertolak pulang ke Kelantan petang ini," katanya.
Menurutnya, Nor Diana yang juga penuntut tahun satu memaklumkan keluarga tidak memahami situasinya yang mahu berhenti belajar dan ingin bekerja.
[caption id="attachment_140267" width="597"] Maznah bersama suami menunjukkan gambar dan laporan polis yang dibuat berkenaan anaknya Nor Diana yang didakwa hilang sejak 29 Februari.[/caption]
Terdahulu, media melaporkan wanita itu sepatutnya pulang ke rumah keluarga di Perumahan KTMB Tumpat.
Berikut adalah kronologi kehilangan Nor Diana yang gagal dikesan keluarga pada cuti pertengahan semester:
1-Anak kedua dari empat beradik itu gagal dihubungi keluarga sejak awal Mac.
2-Ibunya cuba bersangka baik mungkin gadis itu ingin fokus kepada pengajian tetapi beberapa hari selepas itu juga masih tidak berjawab menyebabkan pihak keluarga bertindak menelefon penyelia kolej.
3-Keluarga kemudian dimaklumkan pelajar sedang bercuti selama 10 hari bermula 29 Februari sekali gus menjadi cemas kerana Nor Diana masih gagal dikesan.
5-Menurut Maznah, anaknya yang mesra disapa 'kakak' itu juga memberitahu ingin berhenti belajar dan mencari kerja lain, sedangkan Nor Diana sangat meminati kerjaya jururawat, hingga sanggup berulang kali menduduki peperiksaan kelayakan.
6- Nor Diana mengakui ada mengenali seorang wanita bernama Ika melalui Instagram dan menerusi panggilan terakhir itu juga, Maznah sempat bercakap dengan Ika yang mendakwa berasal dari Meru, Perak dan katanya Nor Diana hanya ingin menumpang rumahnya selama dua hari sahaja sebelum panggilan diputuskan.
7-Selepas itu mereka banyak beberapa kali berhubung menerusi WhatsApp. Pertanyaan yang dibalas ringkas sahaja dan ayatnya yang sangat berbeza menimbulkan kehairanan pada keluarga.
8-Kalah ketika bercakap menerusi telefon, naluri Maznah kuat mengatakan itu bukan diri anaknya yang sebenar. Dakwanya, Nor Diana seorang yang ceria sebelum itu hanya menjawab pertanyaan sekadar sepatah-sepatah seakan ada 'individu' lain berdekatan dengannya.
9-Apabila Maznah bertanya Nor Diana sama ada ingin pulang ke rumah, anaknya itu hanya mengiakan sahaja selain tawarannya untuk dijemput di Johor namun tidak diendahkan.
10-Dalam pada itu, pihak keluarga juga merujuk beberapa ustaz yang memberitahu Nor Diana sebenarnya ingin pulang tapi terhalang oleh seseorang.
Kini setelah gadis itu ditemukan dan kembali ke pangkuan keuarga, ibunya menzahirkan rasa syukur sekali gus dapat bersama-sama menyambut Aidilfitri ini.
Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu
Baca juga: Sedih berpanjangan dan hilang minat dengan perkara disukai. Itu petanda kemurungan
LANGKAH MELAPORKAN ORANG HILANG
Remaja, wanita dan kanak-kanak hilang antara yang sering berlaku. Menggunakan laman sosial sebagai medium pencarian mungkin memudahkan, tetapi ia juga boleh mengundang bahaya. Ketahui prosedurnya yang sebenar.
Apa juga usaha dilakukan, ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan wanita atau kanak-kanak terbabit.
Berikut tujuh info penting berkaitan prosedur dan cara betul membuat laporan orang hilang;
1-Hebahan kehilangan ahli keluarga perlu menggunakan platform yang betul.
2-Misalnya bagi kes kanak-kanak hilang, ahli keluarga terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme betul.
3-Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.
4-Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan polis mendapati tiada melibatkan unsur tebusan dan ancaman.
5-Hebahan juga hanya memaparkan butir yang terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.
6-Bagi kes kanak-kanak hilang, polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai"National Urgent Response Alert” (NUR Alert ) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.
7-Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan oleh polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi.
Sumber: BERNAMA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!