GARA-GARA menyamar menjadi gadis 18 tahun di laman web temu janji, kanak-kanak berusia 12 tahun hilang di Nampa, Idaho Amerika Syarikat, sejak 15 Mac lalu.

Payton Avery Murrieta kali terakhir dilihat oleh keluarganya pada pagi Jumaat iaitu 10 hari lepas, dikatakan meninggalkan kediaman tanpa membawa telefon atau kunci rumah.

Ibunya, Ali Murrieta menyifatkan anaknya itu sebagai seorang periang dan aktif, justeru dia bimbang kehilangan Payton mungkin disebabkan ‘orang asing’ daripada laman web itu.

Ali memaklumkan dia mengetahui perkara berkenaan selepas memeriksa telefon Payton, mendapati anaknya itu secara rahsia mendaftar di laman web tersebut.

Malah katanya, yang lebih mengejutkan Payton menyamar menjadi remaja berumur 18 tahun.

Baca juga:Separuh anggota hilang ditemui 90% dikatakan milik Bella, kakak pohon doa. ‘Moga yang lain juga dijumpai’

“Tiada seorang pun daripada rakannya yang mendengar tentangnya dan dia tidak dapat dikesan termasuk media sosial.

“Saya tidak boleh bekerja sekarang kerana memikirkan dia. Payton juga tidak mempunyai kunci rumah atau mengingati kod garaj jadi jika dia pulang ke rumah saya perlu berada di sini.

Baca juga:10 fakta Kate Middleton, Princess of Wales kesayangan rakyat Britain, kehilangannya cetus spekulasi

“Hampir hari dua minggu dan hati saya sakit apabila melihat berita anak perempuan di beberapa stesen berita. Namun masih gagal ditemui,” katanya.

Baca juga:‘Kalau rasa perlukan mama baliklah…’ Luah Marissa lari & hilangkan diri, Abby Abadi berserah kepada ALLAH

Iklan

Pada malam Rabu, Polis Nampa meminta orang ramai di kawasan N. Midland dan W. Sanetta Street antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi pada hari kehilangan untuk berkongsikan rakaman video.

“Jika anda tinggal di kawasan ini dan mempunyai sistem kamera di rumah, sila hantar kepada kami.

“Melalui rakaman video, kita dapat mengesan sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya.

Iklan

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!