KASIHNYA ibu kepada anak, Abby berkongsi berhubung kisah anak keduanya, Marissa Dania yang dipercayai sudah berkahwin di Thailand dan menjadi isteri kedua kepada lelaki bernama Aslam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, meluahkan suara hatinya menerusi sedutan audio siar GVV Studio yang dikendalikan oleh pelakon, Datin Rabeeca Nur Al-Islam.

Kata Abby, beliau hanya berkesempatan bertemu anak perempuannya itu ketika mereka sekeluarga menghadiri majlis berbuka puasa.

Baca juga: ‘Aslam bukan boleh berpoligami, dia tak mampu…’ Abby Abadi jawab perihal ;menantu, warganet doakan baik-baik

Baca juga: ‘;Tidak pernah terfikir sampai begini.’ Jadi model pakaian, Misya tak tahu Marissa & Aslam terlibat, butik pakaian diselar

“Saya pun tak pastilah, sekali itulah saya jumpa dia semasa majlis hari tu (majlis berbuka puasa).

“Dia melarikan diri, menghilangkan diri. Tapi saya tahu dia selamat di luar. Itu yang saya kata, dia rasa sudah mampu di atas kaki sendiri, saya berserah kepada ALLAH,” tutur Abby.

Hati terusik bercerita tentang anak perempuannya itu, Abby kelihatan sebak.

“Saya rasa tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang.

“Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” katanya.

Baru-baru ini Marissa menjadi tular selepas muncul memperagakan busana raya sedondon dengan suaminya.

Baca juga: Mustajab ke doa ibu angkat?

Iklan

Baca juga: ‘Terasa dah macam nak terkena, teruskan juga seperti diseru-seru…’ Abby Abadi rugi RM18,500 kena scam

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi warga maya rata-rata tidak berpuas hati dengan jenama pakaian berkenaan yang tidak menjaga sensitiviti isteri pertama, Misya Mazlan.

Malah ada yang mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapaya dan Misya.

Perhubungan Marissa dan Aslam mula menjadi perhatian sekitar September tahun lalu selepas ia didedahkan oleh Misya di laman sosial X.

Iklan

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!