'Sayu mommy tengok. Inilah hadiah ALLAH nak bagi.' Rita Rudaini throwback anak sulung menghafal surah undang sebak!

Iklan
ARZALIF-3 (96)

UMUM mengetahui pelakon terkenal, Rita Rudaini gemar berkongsi perkembangannya menerusi media sosial.

Selain berkisar hal kerja mahupun produk, wanita kelahiran Perlis itu turut memuat naik perkongsian tentang anak-anaknya.

Iklan
Iklan

Terbaharu, pelakon Sehangat Asmara itu berkongsi sepotong video throwback berkenaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang ketika dilihat sedang duduk sambil membaca al-Quran.

Baca ni ‘Segaknya bodyguard mommy, ini baru sesuai, keluarga bahagia.’ Rita Rudaini & anak-anak muncul model baju raya raih pujian

Iklan

Sejuk mata memandang, sejuk lagi hati seorang ibu yang mengandungkannya. Menurut Rita, video itu di ambil ketika Rayyan berumur 10 tahun yang dilihat berada dalam Masjidil haram bersama seorang lelaki yang dipanggil uncle Rizal.

Iklan

Perkongsian itu membuatkan ramai yang jatuh kagum dan sebak. Manakan tidaknya, dalam usia sekecil itu, Rayyan sudah menunjukkan minat dan kecintaanya terjhadap kalam ALLAH itu.

Menerusi kapsyennya, Rita meluahkan rasa terharu dan sayu dengan anugerah yang tidak ternilai diberikan oleh ALLAH buat dirinya.

Baca juga ‘Tidak ingat bila kali terakhir menangis.’ Rita Rudaini korbankan kehidupan & keinginan demi anak-anak

"Masa ni umur Ryan 10 tahun.Dalam masjidilharam, uncle Rizal yang rekod masa ni. Sayu mommy tengok. Inilah hadiah yang ALLAH nk bagi pada mommy,anak-anak yang terang hatinya mencintai al-Quran dan lembut hati," ungkap Rita.

TARIK TANGAN IBU KE SYURGA

Malah, video tersebut meraih reaksi warga maya yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga Rayyan terus cemerlang dan menjadi anak soleh buat ibunya.

"Video beginilah yang paling afdal untuk dikongsi. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang lain untuk didik anak yang mencintai al-Quran.

"Pelindung mommy dunia akhirat."

"Allahuakbar, ALLAH MAHA MENGETAHUI segalanya kan sis, semoga DIA hadiahkan sis dengan kebahagiaan sampai syurga-NYA."

Baca lagi ‘Jangan cuit sis’! Anak sekolah swasta terima tawaran MRSM, Rita Rudaini terguris dituduh ambil kuota B40

"Satu kejayaan besar seorang ibu bila ALLAH berikan kefahaman agama pada anak.. Alhamdulillah.. Tahniah sis.. Inspired!

"Alhamdulillah. Anak hebat, ibu hebat!"

"Alhamdulillah. Rezeki juga tu, dapat anak yang baik, pandai mengaji dan mendengar kata ibu."

"Alhamdulillah, Masyaallah. Tabarakallah.. Rezki Rita dapat anak yang terang hati, yang beriman."

"Allah tarik nikmat ada suami, ALLAH ganti nikmat ada anak yang jauh berkali ganda membahagiakan, insya-ALLAH di dunia & akhirat."

"Anak yang akan tarik tangan ibunya ke syurga."

"Masya-ALLAH. Sejuk perut mommy kandungkan kamu duhai anak. Acik sebak tengok ni. Moga membesar jadi anak soleh pelindung mommy ye nak!"

"Salute mommy dari dulu didik the Airits balance dunia akhirat. Moga Al-Quran sentiasa di hati."

Sememangnya apa yang diperkata Rita itu diakui ramai. Dua heronya itu sentiasa menjadi sumber kekuatan dan pembakar semangat untuk beliau meneruskan kehidupan.

Malah, kejayaan beliau menjadi inspirasi ramai kerana berjaya mendidik anak sulungnya itu hingga cemerlang dan pernah meraih Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Terdahulu, Rayyan mengikuti pengajian aliran Ulul Albab di sebuah MRSM di Negeri Sembilan pada 2022 sebelum berpindah sekolah di Selangor kini.

Sumber: Instagram ritrud727

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang